"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat atas katil di tengah jalan (Gambar)


Mayat dibungkus dengan selimut dan ditinggalkan di tengah jalan. - Foto Dailymail
ASEER - ARAB SAUDI. Mayat seorang lelaki yang dipercayai maut akibat ditembak ditemui terikat di atas sebuah katil yang ditinggalkan di tengah jalan di Arab Saudi.

Menurut kenyataan polis, mayat lelaki berkenaan ditemui di tengah jalan Wadi Al-Talee di bandar Abha yang terletak dalam wilayah Aseer.

Mayat mangsa yang terikat dan dibungkus dengan selimut itu dikatakan telah ditembak menggunakan mesingan.

Bagaimanapun, pihak polis Arab Saudi masih belum pasti sama ada lelaki berkenaan dibunuh di atas katil atau diletakkan di situ setelah ditembak.

Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa yang dipercayai imigran dalam lingkungan usia 30-an. - Dailymail

Tiada ulasan: