"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terlalu awal Rafizi umum kemenangan, kata calon pemilihan PKR

Nur Syamila Kamarul Arefin
PETALING JAYA: Seorang calon ketua Pemuda PKR, Najwan Halimi berkata, terlalu awal untuk Rafizi Ramli mengisytiharkan kemenangannya dalam pemilihan parti kerana masih ada negeri yang belum mengadakan proses pengundian.

Adun Kota Anggerik yang juga setiausaha PKR Cawangan Kelana Jaya itu merujuk tindakan Rafizi mengumumkan kemenangannya di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri, kelmarin.

“Datuk Seri Azmin Ali dan Rafizi masih mempunyai peluang untuk memenangi jawatan timbalan presiden yang mereka tandingi. Kedua-dua calon yang bertanding mempunyai peluang yang sama rata ke atas jawatan tersebut.

“Azmin mempunyai 1 kelebihan dalam pertandingan ini kerana beliau merupakan penyandang timbalan presiden,” kata bekas pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang menyokong kem Azmin kepada FMT.

Kelmarin, Rafizi mengumumkan beliau menang di 51 daripada 88 bahagian di 4 daripada 6 negeri yang sudah menjalankan pengundian setakat ini.

Bekas ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau mendapat 50.1% atau 16,160 undi berbanding Azmin yang memperoleh 49.9% atau 16,112 undi di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda PKR dalam pemilihan tahun ini berkata, Azmin masih mempunyai peluang mempertahankan jawatan nombor 2 itu, walaupun Rafizi mendahului pemilihan PKR ketika ini.

“Rafizi dan Azmin mempunyai peluang untuk menyandang jawatan tersebut kerana keputusan pemilihan adalah margin kecil, di mana Rafizi memperoleh 16,160 undi atau 50.1% berbanding Azmin yang memperoleh 16,112 undi atau 49.9%,” katanya yang akan merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) tahun ini.

Tiada ulasan: