"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki 45 tahun ke atas, awasi simptom masalah buang air kecil

Hello Doktor

Dass Santhanam memberi panduan berguna terutamanya kepada mereka yang mempunyai faktor risiko mendapat kanser prostat.

“Jika anda berusia lebih 45 tahun ke atas, jadikanlah satu kewajipan untuk anda membuat pemeriksaan tahunan bersama ujian saringan PSA.”

“Lebih awal anda menyedari anda menghidapi kanser prostat, lebih tinggi peluang untuk anda sembuh.”

“Jangan pandang ringan simptom utama – segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami kesukaran untuk buang air kecil, kencing berdarah atau kegagalan anda mengawal pundi kencing.”

“Jika anda didiagnosis dengan kanser prostat tahap 4, jangan risau, jangan panik. Hadapilah penyakit ini dengan penuh kekuatan dan ketabahan serta dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

“Sebelum memulakan rawatan bagi sesuatu penyakit, pastikan anda mendapat nasihat dan pandangan tentang kesesuaian dan keberkesanannya kepada keadaan anda. Dan sentiasa positif, hadapilah kehidupan ini satu per satu!” Dass Santhanam, Presiden Kumpulan Sokongan Kanser Prostat di bawah naungan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) mengakhiri temubual.

Di minit-minit akhir perbualan kami yang mencecah satu jam, seakan tidak terasa masa berlalu mencemburui kami yang menikmati aura positif daripada sosok “lelaki besi” warga emas namun kudrat dan semangat setanding orang muda.

Kisah perjuangan beliau melawan kanser, pengorbanan beliau dalam menyediakan kumpulan sokongan yang ampuh, kata-kata yang keluar dari mulutnya hanya yang membina sahaja, senyuman dan tangan dihulur penuh keikhlasan merupakan penawar paling mujarab menentang kanser dan segala jenis penyakit yang lain.

Diharapkan pengalaman beliau dapat menjadi inspirasi yang mampu menggerakkan golongan lelaki yang berada dalam kumpulan faktor risiko kanser prostat untuk melakukan ujian saringan demi memastikan anda bebas kanser tersebut. Jangan berlengah lagi, bertindaklah sekarang!

Kami di Hello Doktor mendoakan agar kesihatan beliau sentiasa dalam keadaan terbaik agar beliau dapat meneruskan bakti kepada masyarakat Malaysia menerusi kerja-kerja murni dalam usaha menentang kanser.

Bagi anda yang ingin turut serta dan menyumbang kepada Kumpulan Sokongan Kanser Prostat Malaysia, sila layari laman Facebook mereka di https://facebook.com/NPCSG/.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tiada ulasan: