Muammar Qaddafi Mohd Nasir
Media sosial telah memainkan peranan mereka dengan baik sejak PRU14, sama ada menjadi alat tumbangkan pemerintahan Barisan Nasional setelah lebih 60 tahun memerintah, juga sebagai alat teguran yang paling berkesan kepada para menteri Pakatan Harapan.
Di media sosial juga, beberapa nama menteri telah digambarkan sebagai menteri yang gagal, antaranya ialah Dr Mujahid Yusof Rawa yang memegang jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama, juga Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek.
Namun sejauh mana gambaran itu membawa perkara sebenar, adalah sesuatu yang boleh dipertikai, tidak sedikit penulisan-penulisan yang kemudiannya menjelaskan situasi sebenar dan duduk perkara yang lebih jelas terutama mengenai Dr Maszlee, beliau adalah menteri yang boleh dikatakan menjadi mangsa di media sosial juga media massa.
Misalnya isu stokin yang merupakan hal kecil yang disebut telah menjadi tajuk utama yang ditulis di media, akhirnya pembaharuan yang dibawanya digelapkan dan ditenggelamkan oleh khabar-khabar picisan.
Namun, baik untuk Dr Maszlee, beliau menjadi mangsa permainan media semata, yang mana akhirnya, dengan media juga, nama beliau boleh dibersihkan.
Sedikit berbeza dengan Dr Mujahid Yusof Rawa, beliau bukan semata melawan tajuk berita, juga bukan melawan manipulasi cerita, tapi beliau melawan sesuatu yang lebih besar, iaitu pemikiran masyarakat yang menolak kepada tajdid agama. Pemikiran masyarakat yang kolot dan penuh pantang-larang pada satu-satu perkara sehingga gagal memahami tujuan sebenar tindakan Dr Mujahid.
Dr Mujahid sejak dari awal dari dalam PAS lagi merupakan seorang pemimpin yang membawa idea rahmatan lil alamin dan juga cukup sinonim dengan perihal Maqasid Syariah, ideanya baru untuk masyarakat Melayu nusantara, namun mempunyai hujah yang lebih kuat dan rahmah.
Satu ketika dahulu apabila orang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam, maka ia harus hanya ekslusif kepada orang Islam, namun Dr Mujahid mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Penyokong PAS hingga akhirnya membantu menjernihkan nama Pas dalam kalangan bukan Islam.
Hingga hari ini bekas air tangan naib presiden Amanah itu wujud dan dibangga banggakan oleh PAS.
Pandangan berbeza isu Icerd
Begitu juga setelah menjadi menteri, tidak terikut dengan idea lama dan lapuk tinggalan kerajaan BN. Beliau berani membawa pendekatan baru yang sememangnya mengocak pemikiran Melayu lama, ini termasuklah dalam isu Icerd yang mana sehingga akhir Dr Mujahid dilihat mempunyai pandangan berbeza sehingga kini.
Melawan pemikiran lama masyarakat adalah lebih sukar berbanding menentang tajuk berita yang dimanipulasi, atau berdepan kenyataan yang disalah erti, Dr Mujahid memikul bebanan membina Malaysia Baru yang diidamkan pengundi Pakatan Harapan.
Dr Mujahid Yusof Rawa ialah menteri dari Amanah, satu-satunya parti yang membawa imej sebuah parti Islam dalam Pakatan Harapan, bebanan Dr Mujahid harus dikongsi bersama para ahli dan pendokong parti Amanah secara khususnya, dan tidak terikut dengan politik sentimen yang dibawa Pas dan Umno.
Sekiranya perubahan dan mesej Islam sebagai agama rahmat dapat dilaksana melalui kementerian hal ehwal agama, maka akan kekallah nama Parti Amanah Negara sebagai sebuah parti Islam yang membawa perubahan positif dalam hal ehwal agama dalam negara.
Sebagaimana Anwar Ibrahim berjaya membawa perubahan yang cukup signifikan ke dalam sistem pendidikan negara sewaktu beliau menjawat jawatan menteri pendidikan.
Dr Mujahid tahu kesan tindakannya, beliau boleh mengikut rentak dan kehendak masyarakat, namun beliau teruskan juga perubahan yang diidamkan selari dengan mesej Iislam sebagai sebuah agama rahmat.
Perubahan itu adalah melalui ketegasan dan hati yang kuat.
Namun begitu, tidak sedikit juga masyarakat hanya menghukum Dr Mujahid berdasarkan tajuk berita sahaja tanpa membaca isi dan penghujahannya, keghairahan untuk sekadar membuat kesimpulan dari tajuk cukup membarah dalam kalangan masyarakat, tidak hairan sekiranya tulisan ini akan dikongsi oleh ramai pembenci Dr Mujahid kerana tertarik dengan tajuknya sahaja. Kerana itu jugalah saya memilih tajuk yang cukup bertentangan ini.
MUAMMAR QADDAFI MOHD NASIR merupakan pengarah komunikasi Pemuda Amanah Terengganu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan