"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon, 17 individu ditahan dalam pesta liar bebas dengan jaminan polis

Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon wanita serta 17 lagi individu yang ditahan dalam serbuan aktiviti pesta liar di sebuah kondominium mewah di Bukit Ceylon pada Rabu lalu dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Rudy Abdullah berkata pihaknya menahan 11 lelaki dan 8 wanita berusia lingkungan 21 hingga 50 tahun dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi kira-kira 12.30 malam pada 19 Disember lepas.

“Daripada jumlah itu, 18 daripada mereka dibebaskan, sementara seorang lagi dituduh di Mahkamah Jalan Duta semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit dituduh mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media sebelum ini melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” berusia 28 tahun menganjur pesta itu serta dipercayai membiayai semua perbelanjaan termasuk pembelian bekalan dadah.

Dilaporkan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 11 daripada mereka positif dadah manakala pelakon wanita berusia lingkungan 40-an serta 7 lagi yang lain didapati bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Tiada ulasan: