"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Setiausaha Politik Salahuddin Ayub ditahan SPRM

MALAYSIADATELINE
Datuk Salahuddin Ayub hari ini memberitahu beliau telah dimaklumkan mengenai penahanan Setiausaha Politiknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu dalam kenyataan malam ini berkata beliau tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak SPRM

“Saya tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak SPRM dan saya akan membiarkan undang-undang mengambil tempatnya.

“Beliau juga seperti rakyat Malaysia yang lain yang tertakluk kepada undang-undang.

“Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya pihak SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas,” ujarnya dalam kenyataa itu.

Hari ini SPRM dilaporkan menahan seorang setiausaha politik seorang menteri kerana disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 47 tahun tersebut ditahan pada kira-kira pukul 5 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek di bawah kelolaan sebuah kementerian,” kata sumber yang dipetik Bernama itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tambah sumber tersebut, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Putajaya pagi Selasa.

Tiada ulasan: