"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sikap “gentleman” Setiausaha Agung AMANAH dipuji

MALAYSIA DATELINE
Ahli Jawatankuasa AMANAH, Hanipa Maidin mengucapkan jutaan tahniah kepada Setiausaha Agung Parti AMANAH, Haji Mohd Anuar Tahir atas sikap “gentleman” beliau dan tiada masalah untuk mengakui bahawa salah seorang Calon Bebas yang bertanding dalam PRK Dun Rantau adalah ahli parti AMANAH.

“Tahniah YB SUA kerana tak ambil pendekatan “boleh berbohong demi maslahat”.

“Sebagai salah satu anggota komponen Pakatan Harapan (PH), mustahil parti AMANAH akan memberi izin kepada mana-mana ahlinya untuk bertanding melawan calon PH. Tak masuk akal,” tulis beliau dalam Fecebooknya hari ini.

Pengerusi Biro Undang-undang AMANAH (Kanun) itu selanjutnya berkata, beliau yakin pimpinan AMANAH yang ada sekarang faham dan amat menghargai makna berkawan atau persahabatan.

Ujarnya, dalam PRU14 lalu, pimpinan AMANAH sanggup dikritik keras oleh para ahlinya sendiri kerana misalnya tidak dapat sebarang kerusi di Wilayah Persekutuan.

“Alhamdulillah kami amat sayang PH dan rela dimarahi ahli parti sendiri,” kata beliau.

Beliau turut menasihatkan Pas supaya tidak mempolitikkan isu ini sekali gus menjelaskan bahawa AMANAH cukup faham tentang makna persahabatan yang diamalkan parti tersebut.

Tiada ulasan: