"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lebai pemimpin parti agama ni sekali lagi buat hal

Isu TH: YDP Pas Padang Serai kelirukan jemaah melalui khutbah Jumaat
Oleh MOHD ALI HASHIM

Tindakan Yang Dipertua Pas kawasan Padang Serai, Shaharudin Ibrahim mengelirukan jemaah Masjid Taman Selasih, Kulim semasa menyampaikan khutbah Jumaat kelmarin perlu diberi perhatian serius.

Khutbah beliau tersebut amat mengecewakan ramai jemaah.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Azman Nasrudin (gambar atas).

Jelas Azman lagi, mimbar masjid tersebut telah disalahgunakan bagi tujuan politik apabila Shaharudin mendakwa kerajaan PH telah melantik CEO Tabung Haji bukan dari kalangan orang Islam.

“Mengikut rekod, beliau juga telah memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya azan tidak boleh dilaungkan di negeri tersebut.

“Sebagai Adun kawasan, saya amat kesal dengan kenyataan berunsur fitnah dan mengelirukan jemaah masjid yang dilontarkan oleh beliau semasa menyampaikan khutbah Jumaat lalu.

“Majlis Agama Islam digesa supaya mengambil tindakan terhadap individu terbabit,” jelasnya lagi.

Azman yang juga merupakan Adun Lunas turut berkata, Majlis Agama Islam dan masjid sepatutnya lebih peka dan mengambil berat terhadap titah Tuanku Sultan Kedah yang tidak membenarkan sama sekali masjid dijadikan sebagai tempat untuk berpolitik.

Tegas beliau lagi, masjid sepatutnya bebas daripada unsur-unsur politik dan menjadi tempat penyatuan ummah.

“Tindakan Shaharudin melanggar titah Tuanku dan mencerminkan beliau tidak menghormati institusi Raja yang menjadi payung kepada agama.

“Saya juga ingin menasihatkan beliau agar tidak merendah-rendahkan martabat agama Islam kerana agama sebenarnya menyeru kepada kedamaian dan bukannya menjurus kepada politik sempit dan perpecahan.

“Jabatan Pendidikan Negeri Kedah perlu menyiasat isu ini dengan kadar segera dan diambil tindakan kerana sebagai penjawat awam, beliau sepatutnya tidak menggunakan mimbar masjid untuk politik sempit dan membawa perpecahan dan fitnah, ” ujarnya.

Tambah Azman lagi, sekiranya Shaharudin ingin menunjukkan kejaguhannya, lebih baik ke pentas ceramah Pas dan berceramah sepuas hati kerana kerajaan PH sememangnya mengamalkan demokrasi tetapi bukan memfitnah dan berbohong.

Tiada ulasan: