"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bot bawa 202 orang etnik Rohingya ditahan di Langkawi

FMT Reporters

Sekumpulan 202 oarng dipercayai pendatang Rohingya tiba di perairan langkawi pagi tadi. (Gambar APMM)
GEORGE TOWN: Satu kumpulan orang yang dipercayai dari etnik Rohingya dibawa ke pusat tahanan selepas mereka tiba dengan bot di luar sebuah hotel mewah di Langkawi hari ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkata, kumpulan pendatang itu memberitahu pegawainya bahawa 4 lelaki yang dikatakan cuba menyeludup mereka masuk meninggalkan kumpulan itu di tengah laut dalam perjalanan ke perairan Malaysia.

Timbalan pengarah APMM Kedah dan Perlis Zulida Ramly berkata, kumpulan itu dibawa ke pusat tahanan di Bukit Malut dan diserahkan kepada pihak berkuasa imigresen kerana memasuki Malaysia secara haram.

Beliau berkata, terdapat 45 wanita dan 5 kanak-kanak dalam kalangan 202 orang pendatang terbabit.

“Kita telah memindahkan mereka dengan mengambil langkah ketat mengikut protocol Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: