"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengasas Asia Media dikehendaki atas kesalahan pengubahan wang

FMT Reporters

Wong Shee Kai ialah ketua pegawai eksekutif dan pengasas Asia Media.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti (SC) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang ahli perniagaan yang dikehendaki berhubung kesalahan di bawah undang-undang anti-pengubahan wang.

Katanya, Wong Shee Kai yang lebih dikenali sebagai Ricky Wong, dikehendaki di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Pencegahan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pencarian itu menyusul waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Wong oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 27 Dis 2019 kerana gagal hadir di depan pegawai penyiasat SC seperti dikehendaki di bawah akta itu.

“Sekiranya didapati melanggar Seksyen 32(3)(a) akta itu, Wong jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 32(8) akta sama,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah SC turut meminta bantuan Interpol untuk mengesan Wong.

Wong ialah ketua pegawai eksekutif dan pengasas Asia Media.

Syarikat itu memiliki dan mengendalikan Asia Media TV, rangkaian TV-transit terbesar di Malaysia.

SC berkata, alamat perniagaan terakhir Wong ialah pejabat syarikat itu di No 35, Tingkat pertama, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor.

Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kedudukan Wong boleh menghubungi 012-3812497 / 012-9105362 atau e-mel SC di aduan@seccom.com.my.

SC memberi jaminan maklumat yang diterima daripada orang ramai akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Tiada ulasan: