"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ku Li serang Pas lagi dari isu air karat hingga soal kerjasama

FAZLI RADZI

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyerang Pas lagi susulan kegagalan menyelesaikan masalah air di Kelantan

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno yang mesra dipanggil Ku Li itu turut mengkritik sikap Pas dalam soal kerjasama politik dengan partinya.

Bahkan, Ahli Parlimen Gua Musang dalam wawancara dengan sebuah media secara sinis mempersoalkan kepentingan Pas.

“Apa penting Pas ini? Di Kelantan pun air berkarat lagi. Dah berpuluh tahun dia (Pas) berkuasa di Kelantan.

“Sekarang ini kita dengar nak ambil masa 30 tahun baru boleh menyelesaikan masalah air yang merah karat warnanya.

“Nak beri laluan kepada dia (Pas) apa lagi? Dia dah berkuasa di Kelantan. Dia dah dapat kerusi terbanyak di Kelantan,” tempelaknya.

Bekas Menteri Kewangan itu juga secara spontan menjawab sambil ketawa, “Dia (Pas) nak dunia.”

Beliau berpendapat agihan kerusi bertanding untuk PRU-15 mesti mengambil kira kekuatan Umno dan Pas.

“Kalau dia (Pas) seorang duduk di situ. Tiada kerjasama.

“Sepatutnya (agihan kerusi) sama banyak. Patut yang kuat, kekal Umno. Yang kuat kekal Pas.

“Yang nampak 70:30 Umno, bagilah kepada Umno. Kita kerjasamalah selepas itu tengok siapa terpilih,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ku Li mendedahkan sikap bolot Pas seperti berlaku di Terengganu dan Kedah.

“Dia (Pas) tak nak bagi Umno masuk dalam Exco (kerajaan negeri). Tapi sekarang dia masuk kerajaan Pusat. Jadi menteri dan sebagainya.

“Di Terengganu pun dia (Pas) tidak bagi. Kita ada banyak kerusi di Terengganu tapi satu kerusi pun dia tak bagi. Di Kedah pun sama.

“Apa makna kerjasama?” soal pengasas Petronas itu secara sinis sebanyak dua kali.

Tiada ulasan: