"Jangan mungkir janji, adakan PRU (dan) biar ratusan ribu dijangkiti (Covid-19). Biar lebih ramai mati.
"Politik lebih utama daripada prinsip. Apa aku peduli? Aku dapat (apa yang dimahukan)," katanya.
Kenyataan Muhyiddin itu dibuat dalam ceramah kempen PRN Sabah pada 18 September lalu. Ia kali pertama Muhyiddin menunjukkan kecenderungan melaksanakan PRU segera walaupun perkara itu mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.
"Sekiranya kita menang di Sabah, kita akan bergegas dan mengadakan PRU...Isyarat mesti diberikan oleh orang Sabah bahawa 'kami menyokong PN, kami mahu Muhyiddin terus menjadi perdana menteri. Kami mahu Malaysia terus maju dan berjaya' dan satu-satunya cara untuk berjaya adalah bersama saya,” katanya.
GRS menang setelah mendapat 38 daripada 73 kerusi DUN Sabah.
Bagaimanapun PRN tersebut telah dianggap sebagai memburukkan lagi penularan Covid-19 di Malaysia.
Sejumlah ahli politik yang menyertai kempen di negeri itu telah pun dijangkiti wabak itu.
Dalam satu kes, seorang guru yang merupakan isteri seorang ahli politik yang menyertai kempen itu turut didapati positif dan menyebabkan sejumlah 600 murid sekolah rendah di Pulau Pinang perlu membuat ujian saringan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan