"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Speaker nafi Zahid dan tiga lagi pohon pindah ke kerusi Bebas

MALAYSIA DATELINE

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan bahawa Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan empat lagi wakil rakyat ditolak permohonannya untuk dipindahkan kedudukan ke blok Bebas.

Azhar menerusi sepucuk surat hari ini berkata, beliau tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada Ahli-ahli Parlimen tersebut.

“Saya anggap berita tersebut adalah satu pembohongan dan fitnah kepada saya,” katanya.

Hari ini Malaysia Dateline melaporkan bahawa selain Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, empat lagi wakil rakyat dikatakan meminta supaya kedudukannya di Dewan Rakyat dipindah ke blok Bebas.

Sumber memberitahu, keempat-empat Ahli Parlimen Umno berkenaan memohon pindah tempat duduk itu minggu lalu bagaimanapun permohonan itu tidak dibenarkan oleh Azhar.

Mereka ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Tiada ulasan: