"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar: Lantikan Kabinet bukan ‘ganjaran’ sokong bentuk kerajaan

Anne Muhammad

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebarang pelantikan dalam kabinetnya tidak akan dibuat sebagai “ganjaran” bagi sokongan membentuk kerajaan.

Anwar berkata, ini selaras dengan hasratnya untuk mengurangkan saiz Kabinet, tidak seperti di bawah pentadbiran terdahulu.

Katanya, pelantikan Kabinet tidak boleh dilihat sebagai ganjaran kepada ‘tuan politik’.

“Tetapi saya tetap memperkecilkan anggota Kabinet dan tidak mahu melantik lebih 70 menteri untuk memberi ganjaran kerana menyokong saya.

“Saya mahu mereka menyokong saya dengan dasar yang dibawa dan komitmen anti-rasuah, serta meningkatkan ekonomi negara,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Anwar berkata demikian ketika ditanya bila beliau akan mengumumkan barisan kabinetnya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata perbincangan bersama parti utama sedang berlangsung ketika ini.

“Saya rasa mungkin beberapa hari lagi saya boleh kemukakan cadangan yang diberikan,” katanya.

Pada 25 Nov lalu, selain mengecilkan kabinet, Anwar juga berkata, pihaknya juga akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam Kabinet kerajaan perpaduan dikurangkan bersesuaian kedudukan ekonomi.

Tiada ulasan: