"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis cari wanita hilangkan diri selepas lapor dirogol

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang wanita yang menghilangkan diri selepas membuat laporan polis mendakwa diperkosa lelaki tidak dikenali pada 5 Nov lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, dakwaan rogol itu turut tular menerusi satu catatan di Twitter pada 11 malam semalam.

Katanya, peniaga berusia 20 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Kajang pada 7.39 malam 5 Nov lalu.

“Antara isi kandungan laporan berkenaan, mangsa mendakwa pada 10 malam 11 Okt lalu, semasa berada di sebuah apartmen di Jalan Lee Woon Taman Zooview Ampang, mangsa dirogol tanpa sedar oleh seorang lelaki yang tidak dikenali selepas diberi minuman.

“Polis dalam usaha mengesan mangsa yang menghilangkan diri selepas laporan polis dibuat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, nombor telefon wanita itu gagal dihubungi dan alamat yang diberikan tidak wujud, sementara semakan di Twitter pula mendapati pemilik akaun terbabit sudah memadam catatan berkenaan.

Sehubungan itu, Farouk meminta pemilik Twitter terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk memberi keterangan.

Tiada ulasan: