"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

NGO Islam buat laporan polis terhadap Presiden Pas

MALAYSIA DATELINE

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan kenyataan fitnah yang dibuat beliau samada melalui percakapan atau tulisannya menerusi media sosial.

Sebuah NGO Islam, Raudhatul Muslimin yang berpusat di Ampang telah membuat laporan itu di Balai Polis Ampang jam 4.30 petang semalam.

Menurut satu kenyataan NGO berkenaan, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis membuat siasatan terhadap kenyataan-kenyataan berunsur jahat dan fitnah.

“Laporan polis telah dibuat bagi menjamin ketenteraman orang awam (dan menghalang) dari sebarang kenyataan media terus dibuat oleh beliau dan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Umat Islam harus membela kebenaran dan bukannya menabur fitnah atau berusaha menggugat sebuah kerajaan perpaduan seperti dititahkan oleh Yang DiPertuan Agong,” kata NGO berkenaan dalam satu kenyataannya.

Tiada ulasan: