"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan lelaki Bangladesh pasang Jalur Gemilang terbalik

Bernama

Polis berkata pengerusi komuniti penduduk cuba menasihati suspek namun dia bertindak melawan dan membuat provokasi selain enggan membetulkan kedudukan Jalur Gemilang itu. (Gambar Polis)

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh di Klang semalam selepas dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di luar rumahnya.

Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao, berkata pihaknya menerima laporan mengenai perbuatan suspek berusia 30-an itu pada 12.40 tengah hari.

Beliau berkata, pengerusi komuniti penduduk cuba menasihati suspek namun dia bertindak melawan dan membuat provokasi selain enggan membetulkan kedudukan bendera itu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menangkap suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang plastik sekitar Klang,” katanya dalam kenyataan.

Vijaya Rao berkata, suspek direman tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara. Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih ada yang dikesan melakukan perbuatan sebegini,” katanya.

Tiada ulasan: