"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mana ada Anwar dan Riza mohon lombong REE, Saifuddin kata Sanusi ‘merapu’

FMT Reporters

PETALING JAYA: Saifuddin Nasution Ismail berkata Sanusi Nor “merapu” apabila mendakwa Anwar Ibrahim bersama ahli perniagaan Indonesia, Riza Chalid, memohon tanah perlombongan unsur nadir bumi (REE) Kedah.

Setiausaha agung PKR itu berkata tiada sebarang permohonan dibuat perdana menteri bersama Riza untuk mengusahakan aktiviti itu.

Katanya, Riza hanya menemani Anwar menghadap Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

“Sebenarnya dia (Riza) mai (datang) ke Kedah menemani Datuk Seri Anwar untuk kunjungan hormat Sultan Kedah, itu saja, lepas itu dia balik.

“Saya sendiri tanya Anwar tadi sebelum mai ceramah tadi saya kata Datuk Seri kena jawab sikit.. Datuk Seri pasti bahawa Datuk Seri tak pernah jumpa dengan Sanusi (Menteri Besar Sanusi Nor), beliau kata tak, perjumpaan itu berlaku di istana dan Sanusi pun tak dak (tiada),” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah kelompok DUN Bakar Arang di Taman Delima, Sungai Petani.

Saifuddin mengulas dakwaan Sanusi yang Anwar dan Riza pernah ke Kedah untuk memohon tanah perlombongan REE sebelum PRU15.

Beliau berkata, dakwaan Sanusi itu untuk mengalih perhatian rakyat namun ia gagal.

Katanya, kunjungan ke istana itu hanya untuk menemani Anwar dan tiada kaitan langsung dengan REE.

“Dia kena bukti, macam saya ada dokumen (bukti) yang menunjukkan Sanusi bantu dari segi dokumen imigresen, dalam surat tu tertera nama So Lai Fat dan Huang Zhiyi, saya tunjuk bukti, dia (Sanusi) kata tak kenal, saya tunjuk gambar.

“Itu maksudnya bila kita buat kenyataan mesti ‘backup’ (disokong) dengan buktilah. Dia keluar kenyataan tak dak bukti tak dak apa, jadi saya fikir itu adalah keadaan terdesak dia untuk mengekalkan sokongan (orang) PAS,” katanya.

Saifuddin berkata, beliau akan mengemukakan bukti baharu mengenai kecurian REE di Bukit Enggang, Sik pada sidang media di Jitra, hari ini.

Katanya, percubaan Sanusi untuk mengalih perhatian satu usaha yang baik tapi ia meleset sama sekali.

“Kerana dia (Sanusi) tak menunjukkan apa pun apakah benar berlaku pertemuan dengan Sanusi, kalau tak berlaku tang mana mai permohonan pulak, itu yang saya kata merapu tadi,” katanya.

Tiada ulasan: