"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Jika 30 MP keluar pun, kerajaan masih kekal’ – Ahmad Maslan

HARAPAN DAILY 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan Kerajaan Perpaduan masih kekal walaupun 30 Ahli Parlimen (MP) beralih sokongan kepada pembangkang.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan itu, Langkah Dubai adalah mustahil kerana MP UMNO perlu membayar RM100 juta jika ingin lompat parti.

“Siapa MP ada wang sebanyak itu?

“Jika 30 keluar pun, Kjaan masih kekal, dgn 122 sokongan. (147+5-30). Rakyat inginkan kestabilan dan kekuatan ekonomi,” katanya lagi.

Tiada ulasan: