"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Pelajar Tingkatan Satu dirogol, ditinggal berhampiran balai polis

HAZELEN LIANA KAMARUDIN

PASIR PUTEH - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dipercayai dirogol di kawasan sawah padi dalam kejadian di Kampung Bukit Abal di sini pada Isnin.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 13 tahun itu kemudiannya telah ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang oleh suspek yang merupakan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.50 pagi.

"Siasatan awal mendapati, dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan telah keluar bersama suspek tanpa pengetahuan ibunya dengan menaiki sebuah motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu menuju ke Pasir Puteh.

"Suspek kemudian telah membawa mangsa bersiar-siar di sekitar kawasan Besut dan Pasir Puteh sempena menyambut tahun baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut beliau, suspek kemudiannya membawa mangsa ke kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal di sini sebelum bertindak merogol remaja berkenaan.

Ujarnya, bertindak atas maklumat sekitar jam 1 petang pada Selasa, polis berjaya menahan suspek di dalam sebuah bas di Bentong, Pahang.

Zaizul Rizal memberitahu, suspek yang bekerja sebagai buruh kasar itu dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur.

"Remaja lelaki terbabit akan direman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Tiada ulasan: