"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis ditahan tembak ahli perniagaan

KOSMO!
Pasukan forensik mengumpul bahan bukti di lebuh raya Chalong Rat malam kelmarin. - Workpoint23 News Facebook
BANGKOK, Thailand – Seorang pegawai polis ditahan di wilayah Nakhon Pathom kerana didakwa menembak mati seorang ahli perniagaan di sebuah lebuh raya di Bangkok kelmarin. 

Agensi berita Thai Pbs World melaporkan, suspek dikenali sebagai Norongwat merupakan seorang timbalan inspektor yang bertugas di balai polis Hua Mark.

Suspek memberitahu bahawa dia menembak mangsa kerana berasa ditipu. Mangsa didakwa berjanji untuk melangsaikan hutang suspek berjumlah 2 juta baht (RM263,863) dan membantu kenaikan pangkatnya.

Ketika menjangkakan bahawa ahli perniagaan itu akan menunaikan janji, suspek berkata, dia bekerja sebagai pemandu mangsa selama kira-kira lima bulan.

Dalam kejadian pada malam kelmarin, dua lelaki itu bertelagah ketika menaiki kereta mangsa. Suspek menggunakan pistolnya untuk menembak kaki dan lengan mangsa kerana enggan memindahkan wang kepadanya.

Dia kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian dan kembali semula tidak lama selepas itu kerana menyedari telefon bimbitnya terjatuh.

Namun, selepas permintaan agar mangsa memindahkan wang sekali lagi ditolak, suspek melepaskan dua das tembakan pada kepala mangsa lalu membunuhnya. – AGENSI

Tiada ulasan: