"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

11 penipuan PN-Pas isu SD, Akta Lompat Parti dan ‘Tebuk Atap’

Harapandaily

AHMAD MURSI

𝟭. PAS 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗗.

Selepas Akta Lompat Parti (ALP) 2022, tiada lagi praktis kumpul SD individu MP untuk tukar PM. Hanya boleh dibuat secara en-bloc Parti politik.

𝟮. 𝗣AS 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗪𝗮𝗹𝗮𝘂𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗟𝗣, 𝗦𝗗 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗹𝗮𝗸𝘂

Kalau laku, apa tujuan gubal ALP dan kenapa pula PAS sokong akta itu dulu? Inilah Hipokrit. Tujuan ALP digubal supaya MP ikut keputusan parti dan individu MP tidak boleh lagi disogok. PAS kena sogok sekapal untuk Tebok Atap. Sebab itu Kerajaan jadi lebih stabil.

𝟯. 𝗣AS 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗣𝗠𝗫 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝟰𝟯(𝟰)

PMX nak letak jawatan buat apa bila dah terbukti Undi Percaya di Parlimen, PMX dapat sokongan besar lebih 2/3. Takkan semata-mata senarai SD palsu Raja Petra nak suruh PMX letak jawatan? PN-PAS dah tak waras.

𝟰. 𝗣AS 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝟱 𝗠𝗣 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗠𝗫 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗹𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶. 𝗠𝗮𝗸𝗮 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁

BERSATU masih berdegil untuk pinda perlembagaan parti dan masukkan klausa “MP yang membelakangi keputusan Parti dianggap meletakkan jawatan”. Sekarang sedang memakan diri. Majoriti Parti lain sudah lakukan selepas ALP digubal termasuk PKR, UMNO, AMANAH, DAP dll.

𝟱. 𝗣AS 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗗𝘂𝗹𝘂 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗷𝗲 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗦𝗗 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗸𝗲𝘀 𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗡𝗶𝘇𝗮𝗿 𝘃𝘀 𝗭𝗮𝗺𝗿𝘆 𝗞𝗮𝗱𝗶𝗿, 𝗠𝘂𝗵𝘆𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗧𝗲𝗯𝗼𝗸 𝗔𝘁𝗮𝗽 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗦𝗗.

Dulu belum ada Akta Lompat Parti, keadaan dah berubah selepas 2022. Kes itu dah tak boleh jadi ‘precedent’. Sebab kes Muhyiddin ini lah politik negara huru hara. Parlimen digantung, MP disogok ‘Scheme of Things’. Pelabur lari.

𝟲. 𝗣AS 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗗𝘂𝗹𝘂 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗺𝗼𝘃𝗲 𝟭𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗦𝗗 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵?

Sebab masa itu belum ada Akta Lompat Parti. Kerajaan masa itu enggan buat undi tak percaya. Kini PMX cabar pembangkang bawa usul di Parlimen jika benar ada majoriti tetapi pembangkang tak buat pun malah ponteng.

𝟳. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗻 𝟭𝟬𝟬 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗠𝗣 𝗕𝗡 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶. 𝗜𝗻𝗶 𝗵𝗮𝗹 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿

Kamu Parti Islam, tapi ajar orang lain langgar perjanjian. Itukan perangai orang Munafik? Zuraidah kalah saman dan Mahkamah perintah bayar 10juta kerana langgar perjanjian parti. PAS pun ada perjanjian ceraikan Isteri jika lompat.

𝟴. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗣𝗠 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗲𝗺𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 ‘𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻’ 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝟰𝟯(𝟮)(𝗮) 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗸𝗶𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗗

Betul Agong boleh ikut sangkaan (zonn) sahaja untuk nilai samada PM yang dilantik punyai majoriti tetapi PM sepatutnya ‘test’ majoriti itu di Parlimen melalui Undi Percaya untuk buktikan. PMX dah lakukan awal2 lagi. Muhyiddin dulu lari dan block usul itu dari dibuat. Parlimen disingkatkan dan digantung. Darurat diisytihar. Budget dilulus tanpa undi di Parlimen. Ada MP Bersatu nafi beri sokongan pada Muhyiddin. Muhyiddin sebenarnya tiada majoriti. Ismail Sabri atasi ini dengan MoU.

𝟵. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝟭𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗗 𝗱𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. 𝗗𝗮𝗵 𝗰𝘂𝗸𝗼𝗽 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗼𝗼𝗵. 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸

Bodoh lah siapa percaya Raja Petra ni. Dia sendiri akui senarai tu sebenarnya palsu. Ada juga MP yang nafikan. Kalau betul pun, 120 tu sokongan tipis dan politik negara akan huru hara seperti zaman Muhyiddin. Fungsi parlimen cacat. MP terpaksa dirasuah dengan jawatan untuk ikat sokongan. Wujud balik Duta Khas Gaji Buta. Hanya MP gila dan pentingkan diri sendiri nak keluar dari kestabilan 2/3 majoriti dan terlibat dengan ‘Scheme of Things’ Tebok Atap PN-PAS.

𝟭𝟬. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗧𝗲𝗯𝗼𝗸 𝗔𝘁𝗮𝗽 𝗻𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Tebok Atap ni hanya nak selamatkan ‘2 orang tua’ dan selamatkan perut dan poket MP PAS sahaja dengan pelbagai jawatan. PAS rela Sabotaj Ekonomi negara dengan krisisi baru politik walhal ekonomi sedang pulih dengan baik dibawah PMX. Pelabur mencurah-curah masuk sebab yakin politik stabil dengan Akta Lompat Parti dan 2/3 sokongan Kerajaan.

𝟭𝟭. 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗜𝗣𝗨: 𝗣𝗠𝗫 𝗶𝗻𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗟𝗶𝗯𝗲𝗿𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝘂𝗹𝗮𝗿, 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. 𝗠𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻

Itulah politik Khawarij. Hanya PAS sahaja Islam, dan PAS sentiasa cari dalil untuk kafirkan mukmin lain dan keluarkan penyokong parti lain dari daerah Islam. Malah berusaha untuk jatuhkan pemimpin yang sah. Sebab itu versi Tebok Atap ini versi Khawarij dan bukan versi biasa. Ada sebab kenapa Nabi SAW sebut “Khawarij anjing2 ahli Neraka” HR Ahmad – Hadith Soheh.

Tiada ulasan: