"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Minta rasuah RM12,000, 3 petugas PBT kena cekup SPRM

Harapandaily

Tiga penjawat awam ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM12,000 daripada sebuah syarikat berhubung kerja penurapan jalan yang tidak mengikut spesifikasi.

Majistret Atiqah Mohamed mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Januari 2024 terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an.

Lapor BH memetik sumber, ketiga-tiga suspek yang bekerja dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan sekitar jam 7.45 malam semalam ketika hadir, bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Ketiga-tiga suspek ini telah meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat berkenaan selepas mendapati kerja penurapan jalan yang dilaksanakan sekitar April hingga Jun 2023, tidak mengikut spesifikasi sebagaimana ditetapkan.

“Wang rasuah keseluruhannya sekitar RM12,000 kemudian dimasukkan ke dalam akaun peribadi ketiga-tiga suspek sebagai balasan agar kompaun tidak dikeluarkan kepada syarikat berkenaan,” jelasnya.

Tiada ulasan: