FMT Reporters
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai agensi penguat kuasa yang berperanan sebagai “transporter” sindiket pengedaran syabu terbesar di Sabah ditahan pada 29 Dis lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata lelaki 43 tahun itu pernah bertugas di Sabah sebelum ditukarkan ke Lembah Klang.
“Ini menjadikan keseluruhan tangkapan (bawah) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kita 11 orang sekarang,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.
Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan dibuat dalam kes itu.
Katanya, 22 akaun bank berjumlah RM420,000 dibekukan, manakala 18 kenderaan mewah bernilai RM6.6 juta pula disita.
Turut dirampas wang tunai RM35,000 bersama barang kemas dan jam tangan mewah jenama Rolex dianggarkan bernilai RM100,000.
Hujung bulan lalu, polis menahan seorang lelaki tempatan bergelar Datuk yang juga penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO) disyaki “jerung” dadah terbesar berpangkalan di Sabah.
Suspek dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran syabu sejak 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan