"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Iran setuju laksana gencatan senjata, buka Selat Hormuz jika serangan dihentikan

Agensi

TEHRAN: Iran mengumumkan persetujuan rasmi untuk melaksanakan gencatan senjata serta membenarkan pembukaan Selat Hormuz secara bersyarat, sekiranya semua bentuk serangan terhadap negara itu dihentikan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi sekali gus mengesahkan pendirian Tehran terhadap usaha meredakan ketegangan ketenteraan di rantau tersebut.

Konflik Asia Barat: Pakistan gesa Trump lanjutkan tempoh akhir kepada Iran
Kronologi: Perkembangan selepas tarikh akhir awal Hormuz oleh Trump terhadap Iran
Menurut beliau, Iran bersedia melaksanakan gencatan senjata sekiranya tiada lagi serangan dilancarkan ke atas negara itu.

Bagi tempoh dua minggu, katanya, laluan selamat melalui Selat Hormuz akan dibenarkan bagi kapal-kapal yang melalui perairan strategik itu.

“Ia akan dilaksanakan melalui penyelarasan dengan Angkatan Tentera Iran serta mengambil kira kekangan dan had teknikal yang ada,” katanya.

Selat Hormuz merupakan laluan perkapalan kritikal bagi perdagangan minyak global dan sebarang gangguan terhadapnya berpotensi memberi kesan besar kepada ekonomi dunia.

Pengumuman Iran ini hadir ketika usaha diplomatik antarabangsa giat dijalankan bagi mengurangkan ketegangan di Asia Barat, khususnya susulan ancaman ketenteraan dan konflik berpanjangan melibatkan beberapa negara di rantau itu.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan kesediaan menggantung serangan ketenteraan terhadap Iran selama tempoh dua minggu, tertakluk kepada pembukaan penuh dan selamat Selat Hormuz oleh Iran. - Agensi

Tiada ulasan: