Buletin TV3

Foto AFP.
PARIS, Perancis: Seorang pemandu tren maut, manakala dua individu cedera dalam kemalangan membabitkan tren berkelajuan tinggi Train à Grande Vitesse (TGV) dengan sebuah lori di lintasan di utara Perancis pada Selasa.
Kemalangan itu berlaku antara bandar Bethune dan Lens di wilayah Pas-de-Calais sekitar jam 7 pagi waktu tempatan, menurut pengendali rel SNCF.
Menurut kemas kini pihak berkuasa, dua mangsa berada dalam keadaan kritikal, manakala 11 lagi mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, lori terbabit membawa peralatan ketenteraan, manakala pemandu lori kini berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan.
Perkhidmatan rel antara Bethune dan Lens digantung sementara, manakala punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan