Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
Sungai Petani: Polis menahan dua wanita termasuk seorang daripadanya dipercayai kakak kepada seorang pelakon untuk membantu siasatan berhubung penemuan dadah jenis syabu.
Serbuan dilakukan 6.45 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Kuala Muda, semalam berdasarkan maklumat yang diperolehi.
Dalam serbuan itu, wanita berusia 50-an ditahan bersama seorang lagi wanita 40-an itu dalam serbuan rumah di kawasan perumahan di Bedong, dekat sini.
Hasil pemeriksaan, polis menemukan dadah dalam beg silang dalam balutan plastik berwarna hitam yang diikat getah dan dua peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu seberat 5.45 gram di atas katil dalam bilik di rumah berkenaan.
Berikutan itu, kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan membabitkan dua wanita itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(A)1 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan