"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Blogger ini dikenakan hukuman 1,000 sebatan, penjara 10 tahun

RIYADH - ARAB SAUDI. Sebuah mahkamah di Arab Saudi, kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 1,000 sebatan ke atas seorang penulis blog yang didakwa murtad selepas didapati bersalah kerana mewujudkan rangkaian liberal secara dalam talian serta menghina Islam.
Sebelum ini, Raef Badawi yang diberkas pada Jun 2012 dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 600 sebatan, namun mahkamah rayuan mengarahkan tertuduh dibicarakan semula.

Hakim turut mengarahkan Raef membayar denda AS$266,000 (RM862,000).

Difahamkan, rangkaian kontroversi diasaskan bersama aktivis, Suad al-Shammari mengisytiharkan 7 Mei 2012 sebagai Hari Liberal dan menggesa menghentikan penguasaan agama dalam kehidupan masyarakat di negara.

Laman blog tersebut juga didakwa melemparkan kritikan pedas terhadap beberapa ulama, Suruhanjaya Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan fatwa yang kononnya didakwa berbahaya kepada Islam, laporan dipetik dari Al-Jazeera.
-Sinar harian

"Bodoh pensyarah macam ni" bidas TGNA kepada pensyarah yang kata hudud gagal

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan pensyarah yang mengatakan hukum hudud gagal ekoran kegagalan pelaksanaan hukum jenayah syariah itu di beberapa buah negara.

Bagi beliau, tindakan pensyarah seperti itu bukannya mahu menghidupkan Islam sebaliknya mematikan agama itu.

"Ni pensyarah macam ni, para hadirin semua, pensyarah yang orang panggil nak perhidup Islam dak, nak mapuh Islam," ujarnya ketika menyampaikan kuliah di Medan Ilmu, di sini pagi tadi.

Beliau berkata, pensyarah yang menyatakan demikian kerana dia berfikir 'cara orang' dan tidak memikirkan 'cara Allah'.

"Para hadirin semua, kalau hudud ni gagal, sembahyang ni, kerana apa kita sembahyang?" tanya beliau kepada para hadirin.

Jelasnya, sembahyang boleh menyekat manusia daripada melakukan perkara keji.

Bagaimanapun, katanya dalam suasana orang mengerjakan sembahyang tetapi perkara yang keji seperti berjudi, rasuah dan masalah dadah berlaku juga.

"Sembahyang, sembahyang berjudi, berjudi, ertinya sembahyang ni gagal. Bila sembahyang ni gagal kerana benda keji, judi, dadah, rasuah berlaku jugak, tak usah duk sembahyang banglah. Sembahyang pun ada jugak benda mungkar. Bodoh pensyarah macam ni," ujarnya sinis.

Beliau juga mengambil contoh di negara ini ramai yang djatuhi hukuman gantung kerana kesalahan berkaitan dadah dan senjata api.

Bagaimanapun, kata beliau kesalahan kes dadah dan membawa lari senjata api masih berlaku yang menunjukkan hukuman tersebut telah gagal.

Sehubungan itu, katanya, pensyarah agama hanya boleh menjelaskan mengenai hukum hudud tetapi tidak boleh melaksanakannya.

Di Kelantan, jelasnya ada kerajaan negeri yang mana exco terdiri daripada pensyarah, peguam, korporat dan lain-lain untuk melaksanakan hukum hudud.

Menurutnya, penentangan terhadap hukum hudud kerana tiada pengisian takwa akibat kelemahan dasar negara sekular.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu mengulangi penegasan tidak timbul PAS dan Umno bersatu berhubung isu hukum hudud.

Katanya, walaupun tarikh bulan Rejab dan Mei hari ini adalah sama bermula 1 haribulan Khamis lalu, namun bulan Hijrah tidak sama dengan Masihi.

"Hari ni hari Jumaat, 9 Rejab dan bulan ni tarikh dia serupa di antara bulan Hijrah dengan bulan Masihi, sama-sama 9.

"Oleh kerana sekarang timbul masalah hudud, sibuk sokong hudud, Umno sama dengan PAS, adakah bermakna PAS nak masuk Umno?

"Hari ni 9 haribulan, bulan Masihi 9 jugak, adakah bulan Hijrah sama dengan bulan Masihi, adakah bulan Masihi jadi bulan Hijrah, bulan Hijrah jadi bulan Masihi? Tak jadi, Rejab duk Rejab situ jugak, Mei duk Mei situ jugak," ujarnya. 
-HARAKAHDAILY

Gambar Jutawan bertumbuk dijalanraya dengan eksekutif kanan stesen tv



Seorang tokoh perniagaan yang dianggap antara orang terkaya di Australia semalam didenda A$500 (RM1,510) selepas dia didapati bersalah bergaduh dengan eksekutif kanan sebuah stesen televisyen negara itu.

Dalam pergaduhan berprofil tinggi di sebatang jalan di sebuah pusat peranginan eksklusif di pinggir bandar raya Sydney itu, James Packer dilihat bertumbuk dengan Ketua Eksekutif Nine Entertainment, David Gyngell berhampiran apartmen mewah di Pandai Bondi.
Pergaduhan berlaku pada Ahad lalu.

Jurucakap polis New South Wales berkata, siasatan dijalankan selepas media dan orang ramai mengkritik kejadian itu.

“Packer dan Gyngell diberi notis dan diarah menjaga tingkah laku masing-masing.

“Mereka boleh membayar saman polis atau mencabarnya di mahkamah,” katanya.

Menurut jurucakap itu, polis menimbangkan kemungkinan mengenakan tuduhan lebih serius kepada kedua-dua individu terbabit.

Jika disabitkan kesalahan atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam, Packer dan Gyngell boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Gambar selepas pergaduhan itu menunjukkan mata kiri Packer hitam kerana lebam.

Gyngell pula mengeluarkan kenyataan mendakwa dia pergi ke rumah Packer dalam keadaan “marah.” Seorang jurugambar yang merakamkan aksi pergaduhan itu pula memperoleh bayaran lebih AS$200,000 (RM645,700) selepas menjualnya kepada pihak media.
-hmetro-