Tergamak Ridhuan Tee gelar ‘Mujahat’ selepas panggil ‘barua Melayu PH’
Harapandaily
Pendakwah kontroversi, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencetuskan kemarahan netizen apabila mengeluarkan sindiran mengaitkan ‘Mujahid’ dengan ‘Mujahat’.
“Jadilah seorang yang bernama Mujahid benar-benar Mujahid bukan Mujahat.”
Demikian hantaran ringkas bekas pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkenaan di Facebook petang ini yang kemudian dihujani kecaman orang ramai.
Walaupun tidak menyebut nama mana-mana individu secara langsung, permainan perkataan “Mujahid” dan “Mujahat” itu difahami ramai sebagai sindiran terhadap seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Sehubungan itu, rata-rata menyifatkan tindakan Ridhuan Tee yang pernah heboh dengan isu video aksi panas anak lelakinya itu mempermainkan nama seseorang sebagai melampau dan tidak mencerminkan akhlak seorang pendakwah.
Sebelum ini, Ridhuan menggunakan ungkapan berbaur penghinaan terhadap pemimpin dan penyokong Melayu Pakatan Harapan (PH) ketika mengulas kekalahan gabungan berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
“Sedih tengok, bila kalah, barua Melayu PH ni la duk depan, pertahankan kekalahan ultra kiasu harbi di N9. Harbi relaks je duk rumah rangka strategi baru.
“Beza jika harbi menang besar, dengan bangganya, harbi akan duk depan bercakap akan kekuatannya, barua Melayu duk belakang menikus, sanggup perlekeh lagi sesama saudara seagama sebangsa.
“Bilalah barua ni nak sedar? Kembalilah ke jalan yang benar,” tulisnya.
Permusuhan
Penghinaan daripada bekas moderator dan ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam terbitan RTM itu dilihat bukan sahaja merendahkan pihak yang berbeza pandangan politik, malah terus menyuburkan sentimen perkauman dan permusuhan dalam masyarakat.
Warganet turut menyifatkan kenyataan Ridhuan itu sebagai contoh bagaimana sentimen agama dan kaum dieksploitasi bagi menyerang PH.
“Malu sungguh dengan posting begini. Kalau pun tak bersetuju, ini bukan caranya. Tindakan yang tak mencerminkan akhlak Islam. Mungkin bukan Islam lebih menjauhi Islam sebab kenyataan sebegini.
“Titik terendah seseorang apabila suka gelar itu, ini atau panggil yang tak elok pada orang lain.
“Dari kau memekak tu baik pergi tarbiyah anak sendiri.
“Kau dah kenapa Tee? Kau ada termakan benda haram ke?
“Nama Mujahid itu diletakkan oleh seorang bapa, kenapa kita perlu nak main-mainkan nama orang?” demikian antara nasihat dan sindiran orang ramai di ruangan komentar hantaran Ridhuan Tee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan