Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Batu Pahat: Mayat lelaki yang ditemukan terapung dalam keadaan tubuhnya dibalut dengan jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja dekat sini, hari ini dipercayai mangsa bunuh.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata, kenyataan media berhubung penemuan mayat terbabit akan dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Terdahulu, tular di media sosial penemuan mayat lelaki dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat serta dibalut dengan jaring.
Mayat itu ditemukan penduduk yang pada mulanya menyangka haiwan ternakan sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan