"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelancong Sri Lanka cedera ditimpa struktur bangunan runtuh

NOOR HASLIZA NUSI
Dua pelancong Sri Lanka cedera dalam kejadian runtuhan struktur bangunan di Lebuh Armenian, George Town hari ini.
GEORGE TOWN – Dua mangsa yang cedera dalam kejadian runtuhan struktur bangunan di aras satu, sebuah premis perniagaan di Lebuh Armenian di sini, hari ini merupakan pelancong warga Sri Lanka.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mangsa lelaki dan wanita itu masing-masing berusia 55 dan 66 tahun itu.

“Kedua-dua mangsa merupakan pelancong dan mereka dijadualkan pulang esok. Mangsa telah diberikan rawatan awal di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan seterusnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, pihaknya tidak dapat mengesahkan mengenai hubungan kedua-dua mangsa terbabit.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan dua individu mengalami kecederaan selepas ditimpa sebahagian struktur batu dan kayu yang runtuh dari tingkat satu, sebuah premis perniagaan di Lebuh Armenian di sini, hari ini.

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.17 tengah hari tadi dan runtuhan dikatakan berlaku dari bahagian rasuk ‘beam’ di tingkat satu, premis dua tingkat berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: