"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KJ: ‘Saya ada masalah kepercayaan terhadap Presiden Umno’

FMT Reporters

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mendedahkan beliau ‘ada masalah kepercayaan’ terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pada Oktober tahun lalu, Zahid mengutuskan satu surat kepada Yang di-Pertuan Agong atas nama Presiden Umno yang memberikan sokongan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Sedangkan saya tidak pernah dirujuk, ditanya oleh presiden, jauh sekali saya memberi kebenaran kepada presiden untuk menggunakan nama saya.

“Macam mana saya nak percaya presiden macam ni?,” katanya selepas mengadakan lawatan di Iskandar Malaysia Studio di Iskandar Puteri.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata, sehingga hari ini beliau masih menjalankan tanggungjawab sebagai menteri yang diamanahkan.

Beliau berkata, isu kepercayaan sekali lagi timbul apabila muncul rakaman perbualan Zahid dengan Anwar.

“Perkara itu dinafikan dia (Zahid) kata nak buat laporan polis, tetapi selepas itu mengaku yang rakaman itu tulen. Bagaimana saya hendak percaya presiden macam ni?

“Yang mengatakan keputusan baru-baru ini dicapai secara sebulat suara dalam Majlis Kerja Tertinggi sedangkan ada Ahli Parlimen yang terdiri daripada Majlis Kerja Tertinggi ada yang buat keputusan berbeza,” kata Khairy.

Katanya, dia dan beberapa lagi Ahli Parlimen Umno akan membuat pendirian pada sidang Parlimen pada September ini.

“Saya orang parti (Umno) dan saya merayu kepada parti sehingga September undian akan menentukan keabsahan dan saya masih dengan Umno, setia dengan Umno, biarlah saya kerja vaksinasi ini.

“Bagi pihak Umno juga, saya menteri Umno. Selesai undi (menentukan keabsahan) nanti kita boleh buat keputusan apa seterusnya,” katanya.

Speaker berbohong untuk elak undi usul - MP Bruas

Malaysiakini 

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun didakwa berbohong berhubung keputusan menolak empat usul yang diajukan oleh Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham.

Pada 23 Julai, Azhar telah menulis surat kepada Ngeh untuk menjelaskan bahawa usul - yang berkaitan dengan pembatalan ordinan darurat - ditolak dengan tiga alasan iaitu:

- Agenda mesyuarat itu ditetapkan oleh perdana menteri sesuai dengan Peraturan Tetap 13.

- Bahawa usul tersebut tidak diajukan di bawah Aturan Mesyuaray yang betul.

- Usul itu tidak memenuhi Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Ngeh menjawab keempat-empat surat penolakan itu pada 26 Julai, dengan alasan dia meminta Peraturan Mesyuarat 43 untuk memaksa Dewan memutuskan rayuannya dengan cara undian.

Berikutan itu, Azhar menjawab pada 30 Julai, dengan alasan bahawa penolakan empat usul itu "bukan berlandaskan keputusan saya sebagai Tuan Yang di-Pertua".

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Ngeh mengatakan surat-menyurat itu menunjukkan bahawa Azhar "secara terbuka" berbohong.

"Setelah keputusannya menolak usul saya (pada 23 Julai), saya, berdasarkan Aturan Mesyuarat 43, mengajukan usul saya dan memohon kepada Dewan Rakyat agar keputusannya dibatalkan.

"Untuk menafikan hak saya membuat rayuan dan untuk menghindari undian mengenai usul saya, dia sekarang kata bahawa dia belum membuat keputusan untuk menolak usul saya.

"Azhar telah berbohong secara terbuka dan telah kehilangan kredibiliti dan integriti," tambahnya.

Kejadian ini, kata Ngeh, menambah senarai kesalahan yang didakwa dilakukan Azhar dalam mengendalikan prosiding Dewan Rakyat.

"Dia perlu diingatkan bahawa tidak ada yang melampaui undang-undang. Seksyen 124B Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa sesiapa yang melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi parlimen akan dihukum penjara selama tempoh yang boleh berlangsung hingga 20 tahun sementara Seksyen 124C Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa percubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen akan dihukum penjara selama tempoh yang boleh berlangsung hingga 15 tahun, " kata Ngeh, yang merupakan seorang peguam.

Usul yang ditolak oleh Ngeh meminta pembatalan:

- Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021 - Undang-undang yang membolehkan kerajaan merampas harta benda persendirian, memberikan kuasa tambahan kepada angkatan bersenjata, menangguhkan pilihan raya dan menangguhkan badan perundangan.

- Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 - undang-undang yang berkaitan dengan "berita palsu".

- Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 - membenarkan hukuman sehingga RM100,000 dan penjara tujuh tahun kerana melanggar protokol Covid-19.

Dia berpendapat bahawa undang-undang ini harus dibatalkan melalui Parlimen untuk memenuhi Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Pandangan sama turut dikongsi oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada 26 Julai, menteri undang-undang Takiyuddin Hassan memberitahu Parlimen bahawa proses ini tidak diperlukan kerana kabinet telah membatalkan undang-undang tersebut.

Akhirnya, Putrajaya mengalah dan berjanji bahawa proses pembatalan akan dilaksanakan apabila parlimen bersidang semula pada bulan September.

Bukan Tokyo 2020: Gaduh berebut takhta zakar terbesar dunia

 

ROBERTO Esquivel Cabrera mencabar saiz kemaluan terpanjang dengan Jonah Falcon(kiri). -AGENSI

MEXICO: Seorang lelaki yang memegang rekod tidak rasmi iaitu ‘zakar paling panjang’ dikatakan boleh melenyapkan persaingan daripada seorang lelaki Mexico berdasarkan imej 3D.

Takhta itu pernah disandang oleh Jonah Falcon yang mempunyai ukuran kemaluan sepanjang 13.5 inci.

Dia langsung tidak berasa terancam dengan Roberto Cabrera yang dikatakan mempunyai rekod itu.

Falcon yang dikatakan memegang rekod tidak rasmi selama 20 tahun memberitahu Men’s Health, orang ramai hanya perlu melihat imbasan CAT kemaluannya bagi membuktikan saiz tersebut.

Ditanya mengenai hubungan dengan Cabrera, Falcon berkata:

“Hubungan apa? Saya tidak pernah mengenali dan bercakap dengannya,” ujarnya.

Falcon malah mendedahkan dia rimas dengan orang ramai yang kerap mahu mengukur saiz pelirnya di hadapan mereka serta menggelarnya sebagai bodoh.

“Saya sakit dan penat dengan permintaan orang ramai yang mahu mengukur 10,000 kali di depan mereka,” luahnya.

Malah, dia pernah melalui pengalaman apabila ditahan oleh pengawal keselamatan lapangan terbang kerana saiz kemaluan yang terlalu membojol.

“Saya faham kekhuatiran mereka dan membenarkan mereka melakukan pemeriksaan kerana sudah tugas mereka.

“Saya jelaskan situasi itu dan hanya mengambil masa selama 10 minit,” kongsinya.

-UTUSAN