KOSMO!

GAMBAR siaran kelmarin menunjukkan wang tunai yang disembunyikan di dalam dinding sebuah kediaman di Caivano dekat Naples. – AFP
ROM – Polis Itali menemukan wang tunai lebih €3 juta (RM13.9 juta) disembunyikan di dalam dinding dan lantai rumah seorang suspek ketua sindiket dadah, kata seorang pendakwa raya antimafia kepada AFP semalam.
”Serbuan polis turut membongkar raifal Kalashnikov bersama senjata api lain dan 11 jam tangan Rolex,” kata Pendakwa Raya Naples, Nicola Gratteri.
Menurutnya, rampasan itu sebahagian daripada hasil siasatan yang bermula pada 2023.
Kemuncak siasatan berlaku Isnin lalu dengan penahanan 34 orang yang dituduh menganggotai kumpulan jenayah bersenjata dan menggunakan cara mafia untuk mengedar dadah.
“Wang tunai dan senjata ini dirampas tahun lalu dari sebuah hartanah di Caivano, bandar timur laut Naples di selatan Itali yang dikuasai oleh mafia Camorra,” kata Gratteri.
Maklumat itu diperoleh daripada seorang suspek yang ditangkap pada Julai 2025, yang kemudian menjadi saksi pendakwaan.
Dua hari kemudian, polis menyerbu rumah berkenaan. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan