"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Bandar hari kiamat’ dibuka untuk tempahan

KOSMO!
Vivos boleh menempatkan sehingga 10,000 orang dalam 575 bunker. – Jam Press/Terravivos
PIERRE, DAKOTA SELATAN – Sebuah ‘bandar hari kiamat’ di negeri Dakota Selatan dibuka untuk tempahan bagi orang ramai yang mahu hidup di dalam kubu bawah tanah ( bunker) mewah ketika dunia berada dalam keadaan kacau-bilau, lapor akhbar The Sun.

Terletak di kawasan pergunungan Black Hills, projek dikenali sebagai Vivos itu boleh menempatkan sehingga 10,000 orang di dalam 575 bunker.

Ia merupakan bekas tapak pangkalan tentera seluas 28.9 kilometer yang pernah digunakan untuk menyimpan bom dan senjata dari tahun 1942 hingga 1967.

“Kesan daripada ancaman pandemik Covid-19, perang Ukraine serta risiko Perang Dunia Ketiga meletus dari Russia hingga ke China dan Asia Barat menyebabkan  permintaan untuk pemilikan bunker Vivos berkembang pantas.

“Kita hidup dalam tempoh masa yang sangat berbahaya. Justeru, adalah menjadi satu keperluan untuk mempunyai penyelesaian perlindungan jaminan hayat,” kata Pengarah Eksekutif Vivos, Dante Vicino.

Bunker moden tersebut menawarkan pelbagai keperluan menyerupai perbandaran termasuk gimnasium dan pawagam, manakala unit sewaan pula dilengkapi dengan perabot asas termasuk sofa, meja kopi, dapur, peti sejuk, mesin basuh dan meja makan. – AGENSI 

Ribuan ikan terdampar di pantai

Agensi
LAMBAKAN ikan yang hanyut ke darat berhampiran pelabuhan perikanan Toi di Hakodate, Hokkaido, Jepun. FOTO Hokkaido Television Broadcasting
LAMBAKAN ikan yang hanyut ke darat berhampiran pelabuhan perikanan Toi di Hakodate, Hokkaido, Jepun. FOTO Hokkaido Television Broadcasting
Tokyo: Beribu-ribu ikan sardin dan tenggiri dihanyutkan ke darat berhampiran pelabuhan perikanan Toi di Hakodate, Hokkaido, Jepun.

The Straits Times melaporkan seorang pegawai bandar raya Hokkaido mengesahkannya pada pagi Khamis lalu dan kejadian itu menimbulkan spekulasi bahawa ikan berkenaan tiba-tiba mengalami kekurangan oksigen.

Kerajaan bandar Hakodate dan kerajaan wilayah Hokkaido sedang menyiasat punca serta mempertimbangkan cara untuk membersihkan bangkai ikan itu.

Menurut kerajaan bandar, seorang pegawai yang melawat tapak lokasi sebaik menerima berita itu mendapati bertan-tan ikan mati meliputi lebih satu kilometer dari pantai yang terletak berhampiran pelabuhan nelayan.

Seorang nelayan tempatan berusia 65 tahun berkata, dia pernah melihat ikan mati akibat kekurangan oksigen di luar pantai, tetapi ini adalah kali pertama sejumlah besar ikan dihanyutkan ke pantai.

Pegawai menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 1,000 tan ikan kebanyakannya sardin dan sebahagian kecil ikan kembung dihanyutkan ke darat, tetapi angka itu mungkin lebih tinggi, lapor Asahi Shimbun.

Pihak berkuasa berkata, mereka bekerjasama dengan nelayan tempatan untuk membersihkan kawasan itu, mulai Sabtu.

Bangkai ikan hanyut yang dilitupi pasir, tidak boleh dimakan, pegawai bandar memberi amaran.

Katanya, ikan itu juga tidak boleh digunakan sebagai makanan atau baja untuk ternakan ikan.

Seorang pakar di Institut Penyelidikan Perikanan Hakodate, Takashi Fujioka berkata, beliau percaya ikan itu dalam perjalanan ke selatan ke pulau utama Honshu.

"Lambakan ikan itu mungkin mati selepas ia memasuki zon sejuk," katanya kepada Asahi Shimbun.

Erdogan: Majlis Keselamatan PBB sudah jadi pelindung Israel

Bernama

ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengulangi gesaannya mereformasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNSC) susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) memveto resolusi menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza.

“Disebabkan veto oleh AS, tiada keputusan dicapai. Majlis Keselamatan PBB perlu diperbaharu.

“Kita tidak boleh lagi bergantung harap kepada Majlis Keselamatan PBB. Sejak 7 Okt, Majlis Keselamatan PBB yang misinya untuk mewujudkan keamanan global telah bertukar menjadi pelindung Israel,” kata Erdogan semasa berucap pada Hari Hak Asasi Manusia Sedunia di Istanbul, lapor Agensi Anadolu.

Israel meneruskan serangan di Semenanjung Gaza pada 1 Dis selepas jeda kemanusiaan selama seminggu berakhir.

Kira-kira 17,700 rakyat Palestin di wilayah terkepung itu terbunuh dalam serangan udara dan darat Israel, sejak 7 Okt lalu.

Erdogan menegaskan bahawa rejim Israel dengan sokongan penuh Barat sedang melakukan kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Kami akan teruskan perjuangan agar orang yang tidak bersalah di seluruh dunia dapat menikmati masa depan dengan keyakinan. Buat anak-anak di Gaza, buat ibu dan bapa di Gaza yang memeluk insan tersayang mereka dengan linangan air mata, kami akan terus menyuarakan suara kami,” kata Erdogan.