"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis kenalpasti seorang lelaki bergaduh di plaza tol

FMT Reporters

Ketua Polis Seberang Perai Selatan, Jay January Siowou berkata polis kini sedang mengesan lelaki warga tempatan itu.
Tangkap layar video tular memaparkan pertengkaran antara dua lelaki di Plaza Tol Bukit Tambun, yang salah seorangnya cuba menyerang dengan senjata.
PETALING JAYA: Polis Pulau Pinang sedang mengesan seorang lelaki yang dikenalpasti terlibat dalam kejadian pergaduhan di Plaza Tol Bukit Tambun di Nibong Tebal yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Seberang Perai Selatan, Jay January Siowou berkata ketika ini pihaknya berusaha mengesan lelaki tempatan berkenaan dan seorang lagi individu yang terlibat sedang dikenalpasti, lapor Bernama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugut jenayah,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Semalam, media melaporkan polis menerima dua laporan berkaitan pergaduhan membabitkan dua lelaki di plaza tol berkenaan selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Video berdurasi 28 saat itu memaparkan pertengkaran antara dua lelaki dengan seorang daripada mereka yang hanya berkain pelekat dan bertopi dilihat cuba menyerang menggunakan senjata sebelum kedua-dua mereka ditenangkan seorang individu yang berada di situ.

Kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham melibatkan kejadian pelanggaran kenderaan dari belakang.

Bukankah beberapa hari sebelum pemilihan PKR, tawaran yang sama telah dibuat dan Rafizi menolak

Rafizi tolak Izzah tawar jawatan timb presiden PKR lantikan

Malaysiakini 

Menteri ekonomi yang akan tamat perkhidmatannya, Rafizi Ramli berpegang pada keputusannya untuk tidak menerima sebarang jawatan lantikan dalam PKR.

Dia turut mendedahkan Nurul Izzah Anwar menawarkan jawatan timbalan presiden kedua kepadanya.

“Nurul Izzah masa dia jumpa saya, dia cuba nak bawa (cadangan) kalau ada timbalan presiden dilantik, saya timbalan presiden (dilantik).

“Kalau presiden dilantik pun saya tidak berminat apatah lagi apa-apa jawatan kerana ia bukan soal jawatan tetapi ia soal mesej dan juga perjuangan yang kita nak bawa,” katanya seperti dipetik oleh The Star hari ini.

Rafizi tewas kepada Nurul Izzah pada pemilihan timbalan presiden PKR pada 23 Mei lalu.

Sebelum itu, dia berkata Nurul Izzah telah menemuinya pada 20 Mei bagi meminta bantuannya selepas pemilihan parti tamat, dan memberi bayangan tentang satu jawatan.

Difahamkan, jawatan lantikan buat Rafizi turut berada dalam agenda jawatankuasa pimpinan pusat yang baru dipilih.

Bercakap kepada wartawan hari ini, Rafizi berkata dia akan terus berkhidmat sebagai ahli parlimen dan ketua cabang PKR Pandan bagi menunaikan mandat yang diberikan oleh pengundi.

Dia juga seakan-akan menolak idea menubuhkan parti baru.

“Kalau saya ada rancangan, saya takkan kongsi dengan kamu. Bukan bijak untuk bincang strategi yang belum dilancar dengan media,” katanya.

Menubuhkan parti baru ketika masih menjadi ahli PKR akan bercanggah dengan hasrat Rafizi untuk kekal sebagai ahli parlimen kerana tindakan itu akan melanggar undang-undang antilompat parti dan menyebabkan kerusinya dikosongkan.

Sementara itu, mengenai hasrat Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menyertai PKR, Rafizi memberi amaran supaya parti berhati-hati.

Katanya, walaupun perjanjian kerajaan perpaduan tidak memperincikan larangan ahli parti menyeberang sesama gabungan Madani, tindakan seperti itu seharusnya dielakkan.

“Lompat parti sepatutnya dielakkan kerana ia boleh membuka pintu kepada akibat yang tidak dapat dijangka.

“Kalau seorang ahli Umno menyertai PKR, di mana kita nak letakkan sempadannya? Perkara seperti ini akhirnya perlu dibincangkan di peringkat kerajaan perpaduan,” katanya.

Zafrul meletakkan jawatan daripada Umno pada Jumaat lalu dan sedang memohon untuk menyertai PKR.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan Umno kerana Zafrul masih memegang portfolio menteri, sekali gus menjadikan bilangan wakil Umno dalam kabinet berkurangan.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata permohonan keahlian Zafrul belum lagi dibincangkan secara rasmi.

Anwar juga dilihat berhasrat mengekalkan Zafrul sebagai menteri pelaburan, perdagangan dan industri — meskipun bercanggah dengan kehendak Umno.

‘Adakah PM jadikan skandal rasuah untuk mencatur landskap politik Sabah’

Malaysiakini 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim terus dikritik kerana menganggap dakwaan skandal rasuah di Sabah sebagai persepsi politik.

Sementara bekas ketua pesuruhjaya SPRM Lateefah Koya menganggap kenyataan itu sebagai satu jenaka, Ketua Pemuda Bersatu Sabah Mohammad Hisyam Hazaril pula menyifatkannya sebagai mengejutkan.

Menurut Hisyam, kenyataan presiden PKR itu menimbulkan spekulasi bahawa isu tersebut sedang digunakan sebagai modal untuk mencatur semula landskap politik Sabah.

“Adakah ini satu percubaan untuk membentuk gabungan politik baru dengan menggunakan isu rasuah sebagai umpan untuk berhadapan PRN Negeri tidak lama lagi?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Hisyam berkata kenyataan Anwar itu mengundang lebih banyak persoalan tentang komitmen sebenar kerajaan Madani dalam membanteras rasuah di Malaysia.

Mohammad Hisyam Hazaril
Katanya lagi, amat membimbangkan apabila ucapan tersebut disampaikan di depan pemimpin-pemimpin kerajaan Sabah yang dikaitkan dengan video yang tersebar luas itu. 

“Ini satu tindakan yang dilihat boleh ditafsirkan sebagai cubaan untuk ‘membersihkan’ imej individu-individu tersebut di khalayak ramai. 

“Apakah makna tersirat di sebalik kenyataan ini? Apakah isyarat dihantar menunjukkan bahawa integriti boleh dinegosiasikan demi kepentingan politik?” soalnya lagi.

Dia juga berkata ucapan tersebut memaparkan retorik yang bercanggah dengan nada tegas kerajaan sebelum ini yang berjanji untuk tidak berkompromi dengan sebarang bentuk rasuah. 

“Kini rakyat melihat satu kelenturan nada iaitu satu kecenderungan untuk mengaburkan sempadan antara salah laku dan strategi politik.

"Apakah ini tanda awal bahawa prinsip tatakelola dan keadilan boleh dilunturkan atas nama politik? Bagaimana ucapan ini mampu mempengaruhi siasatan yang sedang dijalankan? Satu persoalan yang besar bermain di fikiran rakyat.

"Kami khuatir ini bukan sekadar ‘persepsi’, tetapi satu simptom yang menunjukkan kerajaan Madani sedang bergelut dengan dualisme moral untuk mengangkat antirasuah sebagai slogan, namun menyelitkan unsur toleransi terpilih dalam tindakannya," katanya lagi.

Hisyam menegaskan rakyat mahukan kerajaan yang konsisten bersikap tegas, bukan janji kosong atau sandiwara politik yang membingungkan.

Semalam, Latheefa mempersoalkan mesej yang disampaikan Anwar kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menerusi ucapannya itu.

Bercakap dalam sebuah forum, Letheefa berkata terdapat video menunjukkan beberapa pemimpin kerajaan negeri didakwa berbincang mengenai sogokan, dan ia bukan sekadar persepsi.

"Apa yang dimaksudkan dengan persepsi? Ini adalah bukti yang kukuh.

"Video menunjukkan individu mengaku terlibat dalam perbuatan rasuah bukanlah persepsi, ia adalah bukti kukuh," katanya.