"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua maut tercampak dari van

Erika George
Dua lelaki maut apabila tercampak dari van selepas hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 16 Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu, di Tatau, hari ini.
Dua lelaki maut apabila tercampak dari van selepas hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 16 Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu, di Tatau, hari ini.
BINTULU: Dua lelaki maut apabila tercampak dari van selepas hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 16 Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu, di Tatau, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Jame Reis, berkata kedua-dua mangsa yang berusia 18 dan 25 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Klinik Kesihatan Tatau yang turut berada di lokasi.

"Siasatan awal yang dijalankan mendapati dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, van yang sarat dengan muatan barangan runcit itu dikatakan bergerak dari arah pekan Tatau menuju ke Bintulu sebelum hilang kawalan lalu terbabas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jame berkata, impak yang cukup kuat itu menyebabkan van terbabit berpusing beberapa kali sebelum terbalik manakala stok barangan runcit bertaburan di atas jalan raya.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Jeffery Jimbol atau Pejabat Polis Trafik Tatau di talian 086-584615.

Jurulatih bola direman disyaki cabul 2 remaja

 FMT Reporters

PETALING JAYA: Jurulatih bola sepak persendirian direman kerana disyaki cabul dua remaja perempuan 13 tahun, dalam kejadian di Bayu Damai, Kota Tinggi.

Ketua Polis Kota Tinggi, Yusof Othman, berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada 11 Jun susulan dua laporan dibuat dalam kejadian pada 10 dan 11 Jun.

“Suspek disyaki mencabul dua mangsa terbabit di empat lokasi berbeza sekitar kawasan Bayu Damai.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun semakan lanjut mendapati dia mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek direman sehingga 17 Jun dengan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kota Tinggi di talian 07-883 7222.

Ahli majlis PBT mengaku tak salah tuduhan merogol

FMT Reporters

Muhammad Jaya Murugan Abdullah, 47, dituduh merogol pekerjanya di sebuah kedai dobi di Kuala Krai, Kelantan, 29 Mei lalu.
Hakim menetapkan 15 Julai depan untuk sebutan semula kes babit Muhammad Jaya Murugan Abdullah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang ahli majlis sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan merogol seorang wanita, hujung bulan lalu.

Muhammad Jaya Murugan Abdullah, 47, dituduh di hadapan Hakim Zulkifli Abllah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang juga peniaga didakwa merogol seorang wanita berusia 29 tahun yang juga pekerjanya tanpa kerelaan di sebuah kedai dobi di Kuala Krai, kira-kira 2 petang 29 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh diwakili peguam Ariff Azami Hussein.

Kamarul Hasyime mencadangkan jaminan RM30,000 dengan beberapa syarat tambahan termasuk tidak mengganggu mangsa.

Ariff Azami memohon ikat jamin RM15,000 kerana anak guamnya menggalas tanggungjawab sebagai ketua komuniti India dan mempunyai 12 anak, termasuk anak tiri.

Zulkifli menetapkan ikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin dan 15 Julai depan sebagai sebutan semula kes.