Pilihan Raya Malaysia -Bijaknya YAB DS Ir Nizar
Salam semua....
YAB DS Nizar berkata: "Pilihanraya yang ada di Bukit Gantang ini adalah pilihanraya untuk seluruh negara sebenarnya. Ia merupakan satu pungutan suara - referendum - bagi menyatakan bahawa rakyat terutamanya Bukit Gantang negeri Perak, kita tidak mahu mana-mana pentadbiran dan pengurusan yang menafikan undang-undang." rujuk (sini ) dan (video )
Sama ada kita sedar atau tidak pemimpin kita / pemimpin pilihan rakyat adalah seorang yang sangat bijak akalnya dan sopan akhlaknya... tetapi maksud baginda dalam post ini pemimpin pilihan rakyat adalah ditujukan kepada YAB DS Nizar ye.. jangan salah faham... bukan Zambry tau.... Zambry adalah pemimpin pilihan 3 orang adun bebas, 28 adun BN, 5 orang ahli songkok tinggi, 7 orang melayu yang mudah lupa, seorang bakal PM yang terdesak dan juga pilihan en Zahid Hamidi si penumbuk bakal menantu... Jadi memang jauh benarlah sesiapa yang mengaku die calon pilihan rakyat tu...
-HIDUP KETUANAN RAKYAT!!
-HIDUP KETUANAN RAKYAT!!
Pada 2hb Feb 2009, rakyat MALAYSIA telah dikejutkan dengan rentetan siri Rampasan Kuasa secara lanun oleh UMNO dari tangan Pakatan Rakyat di negeri Darul Ridzuan... Dari kes mencolik, merasuah, merogol, membunuh, menyembunyi, membawa lari, dan juga memanipulasi dan sehinggalah hari ini mereka masih tidak mengaku yang mereka telah melanggar rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Mereka PERKEMBAR tidak lagi mendaulatkan undang-undang dan perlembagaan malah PERKEMBAR hanya mendaulatkan bakal PM yang terdesak dan juga wang ringgit.
Dari siri rampasan tersebut dan dalam masa terdekat ALLAH yang Maha MENGETAHUI dan ADIL telah memberi beberapa ujian kepada orang yang sabar dan juga ALLAH telah menjemput seorang INSAN bernama Roslan Shaharum iaitu seorang ahli parlimen BUKIT GANTANG. "setiap yang berlaku ada hikmahnya"
Untuk post kali ini baginda nak menceritakan perihal BUKIT GANTANG yang mungkin antara kita sedar atau tidak bahawa Bukit gantang sebenarnya bukan sahaja salah satu parlimen yang bernaung di NEGERI PERAK, tapi sebenarnya BUKIT GANTANG mewakili sebuah NEGARA MALAYSIA yang sebenarnya. Atau ia boleh digambarkan seper PRU13 akan datang.
Baginda bukan bercakap seperti orang-orang PERKEMBANG hanya bercakap menggunakan EMOSI, baginda bercakap berdasarkan fakta, dan inilah salah satu hikmah dari ALLAH. kita boleh tahu pilihan rakyat MALAYSIA berdasarkan pilihan rakyat BUKIT GANTANG, bersesuaianlah dengan kata-kata YAB DS Nizar - seorang yang bijak.
Lihatlah carta dibawah dahulu dan nanti baginda ulas ye..
Jelas tak? kalau nak lagi besar click la kat gambar tu... "Orang Kedah sekarang dah bijak", kata DSAI. hehe
Dari Carta pai tersebut telah menunjukan pecahan kaum masing-masing di Bukit Gantang dan di Malaysia sendiri... bukan pecahan kaum yang dibuat oleh PERKEMBAR, itu lain itu petualang namenya.. Bukit Gantang adalah model negara Malaysia yang telah dikecilkan skalanya iaitu seorang penduduk BGtg bersamaan lebih kurang 480 penduduk Malaysia (1:480) dimana masing-masing mempunyai peratusan yang sangat-sangat hampir sama..
Contoh:
Msia-Melayu=62% Msia-Cina=24% Msia-India=7%
BGtg-Melayu=63.5% BGtg-Cina=27.1% BGtg-India=9.1%
Msia-Others=1% Msia-Foriegner=6%
BGtg-Others=0.3%
bezanya rakyat Malaysia terdiri dengan foriegner iaitu seramai 6%.. akan tetapi jika 6% dari foriegner tersebut dipecahkan pula mengantikan menjadi rakyat Malaysia bukankah peratusan CINA dan INDIA adalah sama dengan pecahan racial BUKIT GANTANG? jawapannya adalah sama.. kalau tak percaya cuba kira.. walaupun population yang baginda lampirkan ini adalah tahun 2006, sebenarnya tidak lari peratusannya sebab sekarang ini populasi penduduk Malaysia adalah seramai 27Juta iaitu kenaikan cuma seramai 0.4J(27J-26.6J) sahaja.. Untuk more info populasi MALAYSIA rujuk (sini)
Oleh itu dari fakta ini kita dapat merumuskan bahawa kemenangan di BUKIT GANTANG adalah sebenarnya kemenangan dari rakyat Malaysia itu sendiri.. Setiap 480 orang penduduk Malaysia telah meletakan amanat kepada pengundi Bukit Gantang untuk membantu mereka menolak KERAJAAN KUDETA dan RASUAH ini... Kesimpulannya benarlah perumpamaan "Pilihanraya yang ada di Bukit Gantang ini adalah pilihanraya untuk seluruh negara sebenarnya" -bijak kan YAB DS Nizar..?
Adakah ini semua kebetulan atau sememangnya rahmat dan hikmah dari ALLAH s.w.t, bagaimana pendapat anda tentang hikmah nya PRK bukit gantang?
ANTARA HIKMAH yang FAMOUS di war-warkan.
a)Dun Changkat Jering termasuk dalam Parlimen Bukit Gantang disini kita boleh mengajar OKB OSMAN JAILU
b)Kita tahu cerita sebenar bahawa PANGLIMA BUKIT GANTANG wira BGtg telah keluar UMNO kerana UMNO itu corrupt
c)Pilihanraya yang ada di Bukit Gantang ini adalah pilihanraya untuk seluruh negara sebenarnya
d)komen anda sendiri..
dr: BagRef
Tiada ulasan:
Catat Ulasan