"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kik.. kik..kik Khir Toyo Buat Lawak

 
'GLC S'gor tidak bayar anak saya'
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) membayar kos lawatan anak-anak dan pembantu rumahnya ketika lawatan ke luar negara, termasuk Disneyland. 

"Tidak benar PNSB diarahkan membayar perjalanan anak-anak dan pembantu rumah saya ke mana-mana lawatan kerja saya," kata bekas menteri besar itu.

"Seingat saya tiada satu pun perjalanan anak-anak saya dan sesiapa sahaja yang tidak layak mendapat pembiayaan menggunakan wang PNSB mahu pun wang kerajaan. 

"Jika ada berlaku kekhilafan maka
saya bersedia bayar balik."

khir toyo zaharah kechik selangor former mb 171208Jelasnya lagi, beliau membayar secara langsung kepada agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan ke Perancis dan Maghribi.

"Malahan agensi pelancongan tersebut juga mengesahkan bahawa ia tidak melakukan sebarang tuntutan bayaran atas nama anak-anak saya dan pembantu rumah seperti yang didakwa," kata Dr Mohamad Khir.

Menulis di blog peribadinya, ADUN Sungai Panjang menambah, siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) DUN Selangor bertujuan memburuk-burukkannya, "tanpa berminat mencari kebenaran."

Dr Mohamad Khir enggan hadir di pendengaran awam itu yang ditubuhkan sejak minggu lalu bagi menyiasat penggunaan dana GLC dalam kegiatan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) - waktu itu diketuai Zaharah Kechik.
-malaysiakini-  
Kalaulah perompak boleh kata kat hakim,"saya cuma nak keluarkan duit saya ,tapi kerani bank beri sampai dua beg penuh berisi duit. Jika ada berlaku kekhilafan maka saya bersedia pulangkan balik duit-duit tu."Maka ramailah perompak-perompak akan selamat dari dijatuhkan hukuman penjara.

Tiada ulasan: