Muhammad Yusri Amin | |
KOTA BHARU, 1 Okt: Pelaksanaan hukuman sebat yang dijatuh mahkamah syariah ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor dianggap bekas menteri sebagai bercelaru. "Punca kecelaruan itu membuktikan tiada profesionalisma dalam melaksanakan kerja ketika undang-undang tersebut digubal. "Rakyat Malaysia memerhati perkara itu dengan rasa malu. Ini menampakkan seolah-olah undang-undang syariah tidak betul sedangkan puncanya tiada penelitian dalam pentadbiran pengurusan," katanya ketika ditemui di sini. Kartika, 32 dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah minum arak di hotel di Cherating pada 11 Julai 2008. Hukuman itu bagaimanapun ditangguh sebagai menghormati bulan Ramadan dan tiada pegawai sebat yang bertauliah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebelum ini menyebut hukuman sebat ke atas Kartika terpaksa ditangguhkan kerana Jabatan Penjara tidak mempunyai pegawai terlatih untuk melaksanakan hukuman. Ekoran itu pelbagai pihak mengecam hukuman tersebut termasuk Sister In Islam dan Suaram. Dan kelmarin Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop memberitahu Jabatan Penjara kini bersiap sedia melaksanakan hukuman terbabit. Zaid berkata, orang ramai menjadi keliru kerana tidak faham mengenai hukum syariah dan perlembagaan negara. "Sebab itu saya selalu mengatakan kalau hendak menggubal mana-mana undang-undang sama ada syariah atau sivil, hendaklah diteliti dari segi kuasa, hukuman dan penguatkuasaannya. "Mestilah diteliti. Tidak boleh hendak digubal sebarangan, jika tidak berlaku kecelaruan. Inilah punca sebenarnya," katanya. Beliau juga berpendapat undang-undang syariah harus secocok dengan undang-undang lain supaya tidak timbul percanggahan. Sebagai contoh, katanya apabila hendak merotan pesalah, maka tindakan itu mestilah dilakukan dalam penjara. "Jadi kalau Mahkamah Syariah hendak merotan pesalah, mahkamah itu mestilah menjatuhkan hukuman penjara ke atas pesalah itu dahulu, kalau tidak macam mana hendak merotannya. "Sedangkan dalam kes ini Kartika tidak dijatuhkan hukuman penjara. Dia hanya didenda dan merotan. "Tetapi masalahnya sekarang mahkamah syariah tidak menjatuhkan hukuman penjara. Jadi hendak dirotan di tempat mana," ujarnya. Ekoran itu menurutnya rakyat melihat ada kelemahan seolah-olah undang-undang syariah tidak betul, sedangkan puncanya kerana tidak diteliti pentadbiran pengurusan dan kefahaman hukum. Di Kelantan enam orang lelaki telah pernah disebat kerana kesalahan sama iaitu pada 1997 (empat orang), 2001 (seorang) dan 2003 (seorang). Prosedur sebatan di Pahang termaktub dalam Seksyen 125 Tatacara Jenayah Syariah. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi sebelum ini memberitahu pelaksanaan hukuman sebatan mengikut syariah di mana tangan penyebat diangkat tanpa menampakkan ketiaknya. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Sebelum disebat, pesalah perlu ditahan di penjara - Zaid
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan