"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Kugen Tertangguh Lagi.... / UBN Najib Altantuya

Penantian media untuk membuat liputan perbicaraan kes A. Kugen berakhir dengan kekecewaan.

Ahli keluarga mendiang yang hadir di mahkamah pagi tadi juga melahirkan rasa kecewa kerana isu Kugen telah berlanjutan selama 8 bulan tanpa sebarang pengadilan.

Sebelum ini ramai yang beranggapan kes ini akan dibawa ke mahkamah hari ini dan pendakwaan dibuat.

Pemberita yang setia menanti di lobi Bangunan Mahkamah Tinggi Petaling Jaya kemudiannya mengajukan soalan kepada peguam pemerhati kes Kugen, M. Manoharan dan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam untuk mengetahui apa yang berlaku.

Bagi Manoharan, sikap endah tidak endah polis terhadap kes Kugen ini sememangnya telah dijangkakan dan buktinya dapat dilihat pada hari ini.

" Sandiwara polis membuat keluarga, peguam dan pemberita-pemberita menunggu. Kalau orang dia yang dipilih untuk tertuduh, dia buat orang menunggu, kalau orang dia nak charge, orang dia, orang lain dia akan panggil pemberita sendiri. Tapi kalau orang polis itu sendiri, mereka akan buat kita menunggu" katanya.

Namun ujarnya lagi, pihaknya tidak akan menyerah kalah dan akan memastikan sesiapa yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dan mendapat pembalasan setimpal.

" Saya datang hari ini khusus untuk memastikan orang yang akan dituduh itu, anggota polis yang akan dituduh itu dituduh di bawah seksyen 302, bukan mana-mana seksyen lain. Sebab itu saya berusaha penuh untuk datang hari ini untuk memastikan perkara tersebut" tambahnya.

Seksyen 302 di bawah Kanun Kesiksaan membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Manoharan turut mempersoalkan laporan media hari ini seolah-olah menggambarkan anggota polis yang terlibat dalam kes kematian Kugen hanya seorang sedangkan menurutnya 11 orang yang terlibat.

" Saya masih tidak faham mengapa setelah membaca akhbar-akhbar hari ini, saya mendapati perkataan "cop" sahaja. "s" tiada. Maknanya ada seorang sahaja yang dikatakan akan dituduh. Mana pergi yang 10 lagi? Di mana sebelum ini pihak polis ada menyatakan ada 11 anggota polis terlibat dalam kes Kugen".

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, kes Kugen yang telah tertangguh selama lapan bulan dikatakan akan dibawa ke mahkamah hanya taktik Umno -Barisan Nasional meraih sokongan masyarakat India dalam menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

" Ini sebenarnya kerana pilihan raya kecil Bagan Pinang yang semakin hampir. Mereka mahu menunjukkan ketelusan mereka. Mereka mahu menghukum sekarang. Isu pasal Altantuya di pilihan raya kecil Bagan Pinang dan juga kepala lembu tidak boleh cakap. Saya akan guna, saya akan edar CD kepala lembu di setiap rumah orang India, sudah dicetak. Kita ada 2 ribu CD. Saya akan cakap dalam ceramah pasal kepala lembu"

Kugen menurut polis terlibat dalam kes samun dan curi kereta mewah.Dia ditangkap tetapi meninggal dunia dalam tahanan polis.Ramai percaya dia didera sehingga mati berdasarkan kesan ditubuhnya.

-tvantara.com-

Tiada ulasan: