"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ikan paus muncul di Port Dickson

Sekumpulan ikan paus dilihat oleh penduduk berhampiran pantai Port Dickson, lapor dua akhbar berbahasa Cina - Nanyang Siang Pau danSin Chew Daily.

Kehadiran ikan-ikan tersebut dipercayai yang pertama di situ yang mungkin ada kaitan dengan gempa bumi yang melanda Sumatera dan kawasan Pasifik Selatan.

Seorang saksi - yang dikenali sebagai Zamli - dipetik berkata beliau ternampak ikan paus itu ketika minum teh di gerai makan di tepi pantai itu.

Katanya, kumpulan ikan itu kelihatan berada kira-kira 1.5km dari pantai.

"Pada mulanya saya menyangka ianya hanya ikan-ikan besar, tetapi bila diamati, saya perasaannya ianya ikan paus," katanya.

Menurutnya, terdapat lebih 10 ikan paus dalam kumpulan tersebut.

"Mereka kelihatan seperti mengejar satu sama lain," katanya kepada
Sin Chew, sambil menambah ini adalah kali pertama ikan paus dilihat di Port Dickson.

Manakala penduduk lain pula memberitahu
Nanyang bahawa selain ikan paus, mereka juga ternampak ikan lumba-lumba dekat pantai.

Nelayan Su Ya Wah yang ketua kampung Kuala Lukut, berkata kehadiran itu ikan paus itu adalah sesuatu yang amat ganjil.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: