"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MELAYU MUNDUR: BUKTI UMNO GAGAL BELA MELAYU

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengalu-alukan hasrat Gagasan Melayu Perak (MGP) untuk turun padang ke seluruh negeri Perak untuk membuat penerangan isu semasa berkaitan suasana di Perak. DPPN Pk juga tidak hairan dengan kenyataan oleh Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail Presiden MGP untuk memberikan penerangan seluruh negeri berkaitan kedudukan orang Melayu yang masih di lihat mundur di luar Bandar.

DPPN Pk yakin GMP telah melihat sendiri keadaan sebenar rakyat di luar Bandar yang masih di lihat mundur walaupun UMNO / Barisan Nasional (BN) telah memerintah hampir 50 tahun dan di lihat masih gagal mengurangkan kekangan yang sepatutnya boleh dikurangkan atau dibaiki sebaiknya selama mana telah memerintah negeri Perak khasnya.


DPPN Pk bersedia untuk bersama-sama membantu GMP untuk memberikan penerangan kepada seluruh rakyat di Perak tentang sifat negeri berkebajikan yang telah di usahakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah memberikan sedikit nafas baru untuk membantu rakyat yang memerlukan dan bukanya kroni UMNO / BN semata-mata.

DPPN Pk akan menyediakan pentas untuk berceramah kepada pimpinan GMP bagi majlis penerangan tersebut. DPPN Pk yakin usaha ini akan memperjuangkan pembelaan kepada orang melayu yang masih mundur di luar Bandar khasnya.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: