Penarik Beca
Pagi ni nak pi Bagan Pinang. Lepas solat Subh nak pi. Tapi mata tak mau mengantuk pulak.Apa pun, kena pi jugak Bagan Pinang. Nak tengok gempa duit di sana. Orang kata dek kerana terlalu kuat gegaran gempa, duit akan berserakan di seluruh Bagan Pinang.
Adakah duit dari poket beberapa orang dalam alumni Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) akan turut berserakan? Saya tanya ja..Dalam laporan mengenai gempa bumi di Padang, Utusan Malaysia hari melaporkan berita bertajuk "Mati hidup semula".
Dalam gempa duit di Bagan Pinang, politik siapa yang mati hidup semula?
Menyorot laluan kepada kemungkinan berlakunya mati hidup semula, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya berkata: "Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira".
Beliau hanya mampu menyerahkan kepada pengundi-pengundi di Bagan Pinang untuk membuat penilaian adakah Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah satu pemilihan yang tepat.
Beliau, yang tidak merancang untuk berkempen bagi pihak Barisan Nasional (BN) di Bagan Pinang, sebelum itu berkata, imej Umno akanterjejas jika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dicalonkan kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.
"Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau.
Menarik perhatian sungguh apabila bekas Presiden Umno itu pergi ke rumah terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena Hari Raya baru-baru ini.
Di situlah juga beliau menekankan supaya Umno memilih calon yang bebas politik wang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.
Apa ada di rumah Mohamad? Betulkah Mohamad diancam gempa duit di Bagan Pinang?
Barangkali Datuk Sei Mentori Bosa tu dah dengar orang tuduh sana-sini bahawa kalau undi calon Umno BN, maknanya undi "parti perasuah" (lihat posting dalam blog Dr Mahathir bertajuk "Pemilihan Majlis Tertinggi Umno").
Tiada ulasan:
Catat Ulasan