Abdul Aziz Mustafa | |
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang sewajarnya menjadi tumpuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di dalam pilihan raya itu pernah digantung oleh Umno kerana politik wang, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad. "PAS menjemput SPRM untuk turun di Bagan Pinang sepanjang musim pilihanraya yang bakal bermula pada esok hari. "(Calon BN, Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad) mungkin sudah dimaafkan oleh sebahagian besar ahli Umno, tetapi itu bukanlah jaminan bahawa rasuah tidak akan berlaku di dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang," kata beliau. Oleh itu, kata Idris, SPRM hendaklah membuat pemantauan bagi memastikan pilihanraya kali ini bebas dari rasuah dan salah guna kuasa. "Pada masa ini terdapat beberapa ahli politik yang menjadi menteri mengunakan peruntukan kerajaan dan kuasa mereka dalam kerajaan untuk turun ke kem-kem tentera bagi berkempen atas nama 'Kerajaan BN'. "Perkara ini harus dipandang serius kerana itu juga merupakan penyelewengan yang jelas terhadap dana kerajaan," katanya lagi. Idris juga menegaskan bahawa PAS dari semasa ke semasa akan membuat siasatan dan laporan sepanjang musim pilihanraya tersebut. "PAS berharap agar SPRM dapat melaksanakan amanah rakyat, khususnya dalam pilihanraya kali ini," katanya. Isa menjadi calon BN di Bagan Pinang berikutan tuntutan Umno Bahagian Telok Kemang yang berkeras mahukan beliau sebagai calon BN dalam pilihan raya itu. Mereka malah membidas bekas Presiden mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak tuntutan mereka supaya Isa dicalonkan. Mereka mengungkit mengungkit bahawa Dr Mahathir juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno. Dr Mahathir kemudiannya mengingatkan mereka bahawa beliau tidak diusir dari Umno kera terlibat dengan politik wang. "Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku). "Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu. Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi). Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: PAS mahu SPRM pantau rasuah dalam pilihan raya Bagan Pinang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan