Mazalan Jusoh Foto M Yarisman | |
PASIR MAS, 3 Okt: Dewan Pemuda PAS Pasir Mas dan penyokong Datuk Ibrahim Ali mempamerkan kekuatan masing-masing dengan mengadakan perhimpunan aman secara berasingan semalam. Pemuda PAS mengadakan perhimpunan mendesak Ibrahim meletak jawatan sebagai anggota parlimen Pasir Mas selepas kecewa dengan tindak tanduk pemimpin terbabit. Sedangkan pada pilihan raya umum lalu Ibrahim diberi ihsan bertanding di atas tiket PAS biar pun sebagai calon Bebas. �Namun sekarang Ibrahim sudah bersikap biadap apabila menjadikan PAS sebagai musuh biar pun pernah memberi tempat kepadanya bertanding pada pilihan raya umum lalu. �Dia telah mengkhianati amanah pengundi, jadi kami berhimpun secara aman hari ini mendesak beliau supaya menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas. �Ibrahim telah membantutkan usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil kerajaan persekutuan. Jadi lebih baik dia berundur,� kata ketuanya Ustaz Suazhar Abdullah. Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu katanya, rakyat Pasir Mas begitu kecewa dengan tindak tanduknya sekarang. Naib Ketua Dewan Pemuda Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadzli Saari berkata, Dewan Pemuda Pasir Mas akan menjelajah ke seluruh Pasir Mas bagi mengumpul tandatangan penduduk mendesak Ibrahim meletak jawatan. (Gambar:Orang ramai menghadiri perhimpunan mendesak Ibrahim Ali meletak jawatan) �Hari ini adalah satu permulaan untuk kita terus melangkah seterusnya. Rakyat di Pasir Mas tidak boleh lagi berkompromi dengan pemimpin yang licik seperti Ibrahim,� katanya. Katanya, tandatangan penduduk yang dikumpul akan diserah kepada Ibrahim bagi menjelaskan sikap sebenar pengundi di Pasir Mas terhadapnya. Fadzli berkata, Ibrahim menang pada pilihan raya umum 1990 dan 2008 bukan di atas kekuatannya sendiri sebaliknya dibantu Semangat 46 dan PAS. Menurutnya juga Pemuda PAS Pasir Mas begitu kesal dengan sikap biadap Ibrahim yang melabelkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai nyanyuk dan barang lama. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Nazman Ibrahim berkata, rakyat di seluruh Kelantan kecewa dengan sikap Ibrahim yang langsung tidak mengenang budi. Pada perhimpunan orang ramai yang hadir menandatangani banner besar yang disediakan sebagai mendesakan supaya Ibrahim menggosongkan kerusi parlimen Pasir Mas. (GambarSebahagian penyokong Ibrahim Ali berhimpun menyokongnya) Turut menurunkan tandantangani Adun Pengkalan Pasir, Haji Hanifa Ahmad. Sementara itu kira-kira jam 3 petang beberapa penyokong Ibrahim Ali mengadakan perhimpunan bagi menyokong anggota parlimen itu di perkarangan Wisma Perhimpunan Perempuan Pasir Mas. Mereka menaikkan sepanduk bagi menyokong Ibrahim. Sebahagian mereka merupakan golongan warga emas. Hanya beberapa kerat sahaja yang menghampiri perhimpunan itu. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Pemuda PAS, penyokong Ibrahim Ali pamer kekuatan / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan