Harakahdaily | |
BAGAN PINANG, 29 Sept: Rakyat perlu membuat perubahan setelah 52 tahun Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah Negara khususnya di Negeri Sembilan. Masyarakat tionghua dan India pula telah bersedia membuat perubahan dan diharapkan para pengundi Melayu turut serta menolak Umno-BN dalam pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang, 11 Oktober ini. Setiausaha Politik Khas kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Encik Yau Con Seng berkata 52 tahun BN memerintah gagal membela rakyat. Katanya, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat tionghua akan membuat perubahan memilih Pakatan Rakyat. "Kita (tionghua) sudah faham dengan perjuangan PAS melalui slogan 'PAS For All' dan akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. "52 tahun Umno dan kerajaan Barisan Nasional memerintah Negara dan taraf kehidupan rakyat tidak banyak berubah," ujarnya yang dipetik Buletin Online ketika ditemui, semalam. Beliau melahirkan rasa kebimbangan terhadap pengundi Melayu yang masih disifatkan tidak banyak berubah. "Masa untuk kita (rakyat) berubah telah tiba dan saya harap pengundi tionghua seramai 1,500 orang semua mengundi PAS. "Kita (tionghua) jangan beri satu undi pun kepada calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini. "Saya harap pengundi Melayu pun sedia untuk buat perubahan kerana pengundi Cina dan India sudah 'berani' (berubah),"jelasnya. Menurutnya, masyarakat tionghua kini tidak takut lagi dengan 'hudud' kerana telah diberi penjelasan. Katanya, undang-undang hudud hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan masyarakat bukan Islam di Negara ini. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Bagan Pinang: Pengundi bukan Melayu bersedia buat perubahan / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan