Nazri Abdullah | |
KUALA LUMPUR, 1 Okt: Sekurang-kurangnya 200 orang disahkan mati dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di wilayah Sumatera Barat, Indonesia setakat ini. Memetik laporan agensi berita AP, Priyandi Kardono, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini adalah dari kawasan Padang. Jumah angka korban dijangka meningkat di kawasan-kawasan lain kerana sistem perhubungan dan komunikasi di kawasan Sumatera barat terputus. Kardono berkata hampir 500 bangunan runtuh di Padang yang menempatkan kira-kira 900,000 penduduk. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Gempa bumi yang berlaku pada pukul 5petang waktu tempatan lebih kurang 6.16 petang waktu Malaysia semalam turut dirasai gegarannya di Semenanjung Malaysia sehinggakan ramai yang bergegas keluar dari bangunan, terutama bangunan tinggi. Manalaka Bernama melaporkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat di semua negeri menerima banyak panggilan daripada orang ramai mengenai gegaran itu sebaik berlakunya gempa itu, bagaimanapun tiada laporan mengenai kemalangan ataupun mangsa terperangkap dalam lif, tetapi kebanyakkan mereka melakukan rondaan bagi memantau keadaan. Bagaimanapun tiada insiden yang diingini atau kecederaan dilaporkan berlaku. Jabatan Penuntut Malaysia di sini juga memaklumkan kesemua 330 pelajar Malaysia di Padang, Sumatera selamat selepas kejadian gempa bumi yang berlaku berhampiran bandar itu. Pengarahnya, Dr Junaidi Abu Bakar berkata 80 peratus daripada pelajar telah berkumpul di lapangan kampus perubatan Universiti Andalas sehingga pukul 6.30 petang semalam. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Gempa bumi Indonesia, angka korban dijangka meningkat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan