Harakahdaily | |
JENGKA, 1 Okt: Kerana menghidangkan Air Gau kepada para VIP di kejohanan olahraga peringkat negeri Pahang, ia telah menimbulkan kemarahan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang. Insiden berlaku sejurus sebelum upacara perasmian kejohanan di Kompleks Sukan Bandar Jengka 25 March lalu. Air Gau dalam botol itu dihidang kepada para tetamu untuk merehatkan diri sementara menunggu majlis lain berjalan. Malangnya, ia gagal menyejukkan tetamu sebaliknya mengundang kemarahannya. Melihat sahaja botol air minuman berjenama Gau dihidangkan kepadanya, Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Haji Abdul Aziz Latif itu menyinga dan memarahi pihak urusetia. Pengetua sekolah yang menjadi urusetia juga 'tumpang sekaki' dengan memarahi guru terlibat . Diantara kata-kata Pegarah kepada guru berkenaan ialah "Hey! Ada unsur-unsur politik ke ni?" dengan nada yang marah. Oleh kerana perasaan marahnya sedang membara menguasai dirinya, maka upacara perasmian yang diadakan telah ditiadakan acara doa seperti mana lazimnya. Air Gau adalah antara air yang popular di sekitar Jengka hinggalah ke Jerantut, Temerloh dan lain-lain kawasan di Pahang hatta keluar dari negeri itu. Ia mula dipopularkan oleh PAS Pahang dan dijual ke merata-rata tempat memandangkan khasiat air tersebut. Namun, kata-kata Pengarah Pendidikan Pahang yang melebelkan air Gau sebagai ada unsur politik PAS adalah tidak benar. Air Gau adalah air minuman terbaik kerana kandungan manirelnya yang tinggi berbanding dengan air minuman lain dipasaran. Air Gau dijual di kebanyakkan kedai runcit, pasaraya dan juga di stesen minyak Petronas. Ia adalah satu-satunya air minuman yang diusahakan oleh orang Melayu/Bumiputera. Difahamkan guru yang memilih air Gau sebagai air minuman pada majlis tersebut tidak pernah menduga sama sekali insiden sedemikian boleh berlaku dan dia tidak pernah terfikir akan terjadi demikian. Mungkin jika guru berkenaan tahu demikian jadinya dia tentu lebih rela membeli air jenama lain yang lebih murah harganya iaitu air paip yang disuling atau air dari sisa kumbuhan najis (Ne Water) yang diimpot dari Singapura atau air minuman berlambang dacing untuk dihidangkan kepada Tuan Pengarahnya. Asalkan bukannya Air Gau yang menjadi punca kemarahan Tuan Pengarah. Di kalangan para guru, kemarahan Pengarah Pendidikan bererti mala petaka bagi mereka, maklumlah beliau ada kuasa besar untuk menghukum guru-guru mengikut kehendak hatinya. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Kerana Air Gau, guru dimarah depan umum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan