"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Peguam Negara Cuba Halang Siasatan Inkues

Pegawai Tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberikan keterangan dalam siasatan inkues kematian setiausahah politik kerajaan negeri selangor, Teoh Beng Hock pada 14 Oktober depan.

Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini memerintahkan Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim dan Ketua Penyiasat Hairul Ilham Hamzah untuk memberikan keterangan di kandang saksi selepas berlakunya pertikaman lidah di kalangan peguam semalam.

Peguam persendirian yang dilantik oleh Peguam Negara untuk membantu siasatan sebelum ini meminta untuk memanggil kedua-dua saksi penting berkenaan. Katanya tidak ada lagi pegawai SPRM yang akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam inkues itu.

Peguam keluarga Teoh dan Kerajaan Negeri Selangor membantah dan menganggapnya sebagai berat sebelah.

Peguam dilantik Peguam Negara, Tan Hock Chuan merujuk kepada laporan Malaysia Insider hari ini dan semalam memberitahu kepada Azmil selaku Koroner, kehadiran peguam tersebut bukan untuk campur tangan atau menghalang siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.

Tan memberitahu mahkamah bahawa beliau akan memanggil Hishamuddin, Hairul dan seorang lagi pegawai SPRM Arman Alies yang terlibat dalam soal siasat keatas Teoh sebagai saksi apabila inkues bersambung.

Beliau turut menamakan bekas rakan serumah setiusaha politik, Esther Lew Swee Yoong sebagai saksi pada 14 Oktober nanti.

-tvantara.com-

Tiada ulasan: