"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malam kami bermesyuarat mengenai Selcat

Teresa Kok
29 September 2009 merupakan hari pertama kita balik daripada cuti panjang Raya. Malam itu pula MB panggil satu mesyuarat di antara pegawai kanan kerajaan Negeri Selangor, khususnya Pegawai Daerah (DO), YDP Majlis Kerajaan Tempatan.

Ia bertujuan untuk mengadakan satu mesyuarat bersama dengan ADUN & Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, untuk membincangkan isu pendengaran SELCAT yang dikatakan telah menyakitkan hati mereka ataupun manjatuhkan maruah mereka.

Pada mulanya, saya agak bimbang tentang mesyuarat pelbagai pihak ini, khususnya selepas Pegawai Daerah Klang dan exco PAS Dr Hasan Ali telah membidas SELCAT di media sebelum Hari Raya. Nasib baik, perbincangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dengan menggunakan 'Chatham House Rule' berjalan dengan lancar

Perbincangan bermula dengan penerangan tentang cara pendengaran SELCAT oleh Speaker YB Teng Chang Khim. Beliau menegaskan bahawa SELCAT tidak bertujuan untuk menyusahkan pegawai kerajaan.

Tujuannya hanyalah untuk menyiasat cara membelanjakan peruntukan wakil rakyat yang lepas dan sebab-musebab sesetengah peruntukan kerajaan diluluskan oleh pegawai kerajaan, misalnya kenapakah sesetengah peruntukan yang diumumkan oleh bekas ADUN masih diluluskan oleh pegawai kerajaan selepas Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya pada Mac 2008.

Teng juga menafikan tuduhan yang menyatakan anggota SELCAT ini menghina dan memalukan pegawai kerajaan dalam pendengarannya. Kenyataannya disokong oleh Azmin Ali kemudian bahawa anggota SELCAT tidak pernah menggunakan perkataan 'bodoh' ataupun mana-mana perkataan yang menghinakan pegawai kerajaan.

Image(Gambar:Wakil rakyat Pakatan makan bersama dengan pegawai kerajaan selepas mesyuarat mengenai SELCAT.)

Saya agak teruja terhadap 'mukadimah' yang diberikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ramli Mahmud yang menyuarakan pandangannya tentang cara pendengaran SELCAT, tetapi mesej beliau yang terpenting ialah, pegawai kerajaan Selangor tidak menentang SELCAT dan mereka sudi menuju ke arah depan (move forward). Dato' Ramli juga menegaskan bahawa pegawai kerajaan adalah diarah untuk berkhidmat kepada kerajaan semasa (government of the day).

Ya, tujuan rakyat mengundi kepada calon Pakatan Rakyat ialah berharap kami boleh bawa perubahan dan pembaharuan, khususnya dari segi pembasmian penyelewengan kuasa dan rasuah. Pengerusi dan anggota SELCAT memberitahu pegawai kerajaan kita bahawa mereka hanya mahu tahu jawapan ataupun pandangan daripada DO dalam isu kelulusan peruntukan ADUN, mereka tidak akan paksa mereka jawap sekiranya mereka enggan bercakap.

Image(Gambar: Dr Rani, ADUN PAS di kawasan Meru (yang berdiri) bermesra dengan DO dan YDP selepas mesyuarat)

Pendengaran SELCAT sebenarnya mendapat sokongan yang kuat daripada masyarakat umum. Bila pegawai SPRM cuba cari pasal ke atas peruntukan ADUN Pakatan Rakyat, saya berharap mereka boleh pasang telinga untuk mendengar apa yang pernah berlaku dalam isu peruntukan ADUN BN dan mengambil tindakan terhadap mereka juga.

Bagi kerajaan Selangor, kami berkeinginan untuk meminda garis panduan penggunaan peruntukan oleh ADUN selepas SELCAT mengeluarkan laporan dan cadangan mereka. Kami tentu memerlukan kerjasama pegawai kerajaan untuk membantu kami dalam isu ini.

Saya berharap 'storm in the tea cup' yang lepas ini boleh meningkatkan persefahaman di antara wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan pegawai kerajaan, dan juga kita boleh melaksanakan 'best praktis dari segi penggunaan peruntukan dan mengelakkan sebarang gangguan daripada pihak SPRM pada masa akan datang.

Teresa adalah Exco kanan kerajaan negeri Selangor.

Tiada ulasan: